Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog KJ.
Macam mana puasa harini? Letih ke? Ke dah terbayang dah nak berbuka menu apa harini? Hehe, normallah tu bagi kita yang berpuasa. Lebih-lebih lagi pada yang ada anak yang baru nak belajar berpuasa. Mesti dalam kepala ligat berfikir nak masak menu kegemaran diorang kan.
Okeh meh sini KJ nak share satu resepi yang membolehkan korang bertenaga sepanjang bulan Ramadhan ni. Bukan saja bertenaga, tapi boleh bagi 1001 kebaikan dekat korang juga.
| picture source: google image |
Bahan-bahan
7 biji kurma (dibuang biji)
2 biji pisang yang telah dibekukan (optional- tak letak pun takpe)
2 cawan susu rendah lemak (ikut koranglah nak guna susu brand apa)
1 sudu teh serbuk kayu manis
Cara-cara
Masukkan kurma, pisang, susu dan serbuk kayu manis ke dalam pengisar buah.
Kisar sehingga halus.
Sedia untuk diminum.
--------------------------------------------------------------
Mudahkan? Kalau nak kisar sekali dengan ais pun boleh. Tapi saya sarankan kurangkanlah pengambilan ais dalam bulan puasa ni. InshaAllah nanti korang akan rasa sendiri kebaikannya.
Bercakap mengenai pengisar buah-buahan. Saya percaya ramai antara kita yang tak mengasingkan pengisar lada dan juga pengisar buah.
Tak pijar ke lepas dah blend cili lepas tu blend buah? Huishhh.. Mesti ada rasa pijar-pijar lada tu kan. Apa kata sekarang ni, korang beli satu pengisar khas untuk buah je. Alah, tak susah pun nak cari. Semuanya dhujung jari. Tinggal pilih dan beli je.
KJ pun sebenarnya dah lama dah 'aim' blender dekat website Lazada. Tunggu masa dan alasan yang tepat, padat dan jitu je nak beli. Hehe. Nampaknya dah sampai dah masa yang tepat nak beli. Jengjengjeng...
Dekat Lazada ni, apa yang paling KJ suka ialah penghantaran dia cepat. Untuk kawasan-kawasan bandar, selalunya kalau oder harini, besok dah sampai dah. Tapi kalau kawasan pedalaman sikit ambil masa dalam dua tiga hari juga. Tapi tak kisahlahkan. Yang penting barangnya sampai.
Korang pun jangan lupa ye sekarang ni Lazada tengah buat sale sempena Marhaban Ya Ramadhan dan juga Riang Ria Raya. Kalau nak senang boleh terus je klik dekat banner di bawah ni ye.

Sedapnya sis jus kurma smooties tu...
ReplyDeletesedap sangat dear :)
Deletesaya ada 2 jenis blender, satu untuk kisar bahan2 masakan dan satu lagi untuk buat minuman :D
ReplyDeleteha bagus-bagus :)
DeleteNampak sihat dan sedappp !
ReplyDeleteTunggu entri saya kol 6 nnti, hehehe
bukan nampak je..memang sedap dan sihat nona :)
DeleteSedapnyaaa.memang mencari resepi kurma dengan susu
ReplyDeleteharap membantu :)
Deletegood luck juju.. telan air liur..
ReplyDelete- Hernee Nazir -
Good luck juju,,
ReplyDeleteBlender ni dlu beli 1 set ada 2 botol tapi takde gambar hello kitty la.