Paya Biru, Felda Lok Heng Selatan

Kasih Juju
Hai korang,


Semalam KJ dengan officemate ke Felda Lok Heng Timur untuk lawatan kerja. Sementara menunggu bos habiskan perbincangan, KJ menyembang dengan kakak kerani. 

Biasalahkan, kalau dah jumpa kakak ni macam-macam cerita yang keluar. Daripada cerita pasal kerja, membawa ke planning nak gathering dengan kakak-kakak kawasan yang lain.

Oh ye, kalau korang nak tau, dekat Lok Heng ni ada Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur dan Felda Lok Heng Selatan. Kami panggil gugusan Lok Heng. 

Sama juga kes dengan gugusan Wa Ha. Dalam gugusan tu ada Felda Simpang Wa Ha, Felda Bukit Wa Ha dan juga Felda Bukit Easter. KJ suka betul kalau kena pergi ke dua-dua gugusan ni. Kakak-kakak kerani semuanya sporting. Banyak ilmu juga yang KJ belajar daripada diorang. Dan korang jangan tak percaya, kakak-kakak ni semua pandai buat akaun tau. Memang tabik spring melantun-lantun dekat diorang.

Dalam pada lawatan kerja ke Lok Heng Timur ni, kakak kerani ni siap bagitau dekat kakak kerani selatan dengan barat yang KJ dan workmate yang lain ada datang dekat timur. Laju je diorang ajak ngeteh. Lagipun dah memang waktu makan tengahari.

KJ makan soto nasi dengan cendol special je. Sebelum datang ke sini tadi kami dah makan dulu dah. Jadi perut masih kenyang. Konon nak makan ringan-ringan je. Sekali order sampai ha hamik ko. Tak daya nak menghabiskannya. Tapi cendol tu sedap hokeh. Dia punya special ada kacang, pulut, cincau dan jagung. Cukup lemak.

Gerai makan ni terletak dekat kawasan timur, betul-betul sebelum pintu gerbang nak masuk kawasan selatan. Dah alang-alang sampai sini kakak kerani selatan tanya kitorang nak pergi tengok paya biru tak? Kami pun apa lagi. Sambil menyelam minum air lah.

Paya Biru Felda Lok Heng Selatan
Kalau korang nak ke sini, dari pintu masuk gugusan Lok Heng ni korang akan jumpa barat dulu, kemudian belok ke kanan akan nampak timur dan ikut je signborad korang akan sampai ke pintu gerbang selatan.

Dari pintu gerbang tu korang dah boleh nampak signboard paya biru. Jangan risau kalau tersesat. Boleh tanya dekat penduduk tempatan.

Lepas tu korang akan masuk kebun sawit sejauh 2 kilometer ye. Dan jalan dekat sana bukan jalan tar. Tapi jalan tanah merah. Silalah bertabah sebab kalau hujan memang kereta korang akan jadi merah juga. Haha, barulah betul namanya masuk felda.



Masa sampai dekat sini ada 1 family tengah berkelah. Masuk sini percuma sahaja. Parking pun percuma. Ada banyak pondok untuk korang pilih. Kalau penuh sila stanby tikar ye. Sebab kakak kerani kata hujung minggu selalunya penuh.



Ada juga disediakan pelampung. Tapi KJ tak nampak pula orang yang jaga pelampung ni. Jadi KJ tak pasti pelampung ni kena bayar atau percuma.

Ada juga gerai yang jual makanan di tepi jalan kawasan ni. Jadi kalau tengah mandi tu tiba-tiba lapar tak perlulah mencari makanan sampai ke luar. Ataupun korang boleh standby makanan siap-siap.

Sejarah Paya Biru
  1. Paya biru ini terletak di kebun MAdon bin Husin, blok 17 Felda Lok Heng Selatan.
  2. Sejarah bermula pada tahun 1987 (tarikh penempatan peneroka) hingga 1990 tempat ini menjadi sumber bekalan air bersih untuk kegunaan penduduk Felda Lok Heng Selatan kerana pada masa itu bekalan air bersih hanya beroperasi selang dua kali sekali.
  3. Tempat ini telah dibaiki sistem salirannya pada tahun 2008 semasa kerja-kerja pembangunan tanam semula ladang Felda Lok Heng Selatan.
  4. Tempat ini telah menjadi terkenal terutama kepada penduduk sekitarnya sejak diviralkan di Facebook Felda Lok Heng Selatan juga disiar dalam akhbar Sinar pada 20 Januari 2016.