Tasik Kenyir, Terengganu l Hai dan Assalamualaikum korang. Korang ingat lagi tak KJ pernah ceritakan pengalaman KJ ke Kuala Terengganu? Alah yang KJ cerita jalannya masuk kebun kelapa sawit tu. Okeh kalau tak pernah baca boleh baca dekat sini -- http://www.kasihjuju.com/2017/12/dari-johor-ke-kuala-terengganu.html
Perjalanan dari Kuala Terengganu mengambil masa dalam sejam untuk sampai ke Tasik Kenyir. Ini pun kami guna applikasi waze. Walaupun banyak papan tanda, tapi kami tetap guna waze. Hehe manalah tau kalau-kalau ada rintangan atas jalan.
Sebelum ke Tasik kenyir, kami jalan-jalan dulu di Pasar Payang. Tak sah rasanya kalau ke Terengganu tapi tak ke Pasar Payang. Mesti rasa terkilan nanti. Dekat sini kita boleh dapatkan macam-macam buah tangan contohnya keropok ikan, kain batik, kain ela, songket tenun dan macam-macam lagilah.
KJ with beloved parents |
SI Firash dan Kakak Tisya |
Dan untuk si Firash pula, tak lepas dengan Ultraman dia. Sebenarnya dari memulakan perjalanan lagi dia dah minta. Tapi KJ buat tak reti je. Dekat Pasar payang ni dia boleh nampak pula. Nak tak nak terpaksalah belikan. Kalau tak memang sepanjang perjalanan ni mulut dia tak berhenti minta.
Lepas ke Pasar Payang kami makan keropok losong pula di Kampung Losong. Sedap betul makan keropok tu panas-panas. Kami tak bawa balik pun memandangkan banyak lagi tempat persinggahan yang akan kami pergi. Takut lari pula rasa dia bila dah sampai rumah nanti.
Seterusnya kami bergerak ke Tasik Kenyir. Perjalanan dari Kuala Terengganu memakan masa selama lebih kurang sejam perjalanan melalui jalan biasa. Agak mencabar juga jalan nak ke sini memandangkan struktur jalan yang kurang rata dan jalannya yang bengkang-bengkok.
Plan asalnya kami nak mandi dulu di Water Park Kenyir dan kemudian baru kami akan menjelajah Tasik Kenyir. Tapi apakan daya, Water Park tutup sehingga bulan 3. Agak terkilan jugalah sebab tak disiarkan di mana-mana media yang mengatakan water park ini ditutup sementara waktu. Anggap sajalah tiada rezeki. Entah bila dapat merasa ke sini lagi. Huhu..
Seterusnya kami terus ke tempat meletak kenderaan yang disediakan di kawasan pesisir tasik. Di sini juga kami mendapatkan khidmat pemandu bot laju dan juga bersetuju dengan pakej yang ditawarkan. RM200 satu bot untuk 3 tempat. Terus terang KJ bagitahu yang KJ tak buat survey langsung pasal pakej mengelilingi Tasik Kenyir ni. Almaklumlah, baru pertama kali ke sini. Pakej ni pun abah tanya dekat penjaga parking dan kebetulan pula memang pemandu bot tu ada di kawasan situ.
Ini adik bongsu KJ, tahun ni umur dia 16 tahun. Baru naik tingkatan empat. |
Firash dengan nenek a.k.a mak |
Rumah bot dekat belakang tu agak mahal juga kalau nak sewa. Tapi berbaloi-baloi sebab ada banyak bilik, ruang tamu, ruang memasak. So kalau korang rasa nak buat family day bolehlah sewa rumah bot tu. Harga untuk satu malam dalam RM1,500.00. Kena buat tempahan awal tau. Kalau main terjah je memang tak dapat.
Tengoklah aksi si Firash tu. Kali pertama pakai jaket keselamatan dan juga kali pertama naik bot laju. Dulu masa pergi Langkawi, ambil pakej naik bot yang bagi burung helang makan tu dia tak dapat ikut sebab masih kecil lagi. Sekarang dah besar sikit baru boleh buat aktiviti yang lasak untuk dia.
Muka cuak naik bot laju |
Tengok anak bertuah tu, tak mahu duduk dengan KJ nak duduk dengan mak dia. Okkay fine. Cucu manja mak sangat tau si Firash ni. Tapi okay juga tu, kasi can mama dia ambil gambar selfie, wefie segala bagai. Mehehehe..
Singgahan pertama kami di Taman Rama-rama. Jom layan gambar dulu ya.
Kengkonon nak selfie dengan pintu gerbang butterfly island ni |
Depan butterfly island |
Atok dan kakak |
Depan butterfly island |
Cantikkan pemandangan dekat sini |
Mak kata ni pesan-pesan. Kalau kena gigit tak sempat tinggal pesan |
Selain daripada rama-rama, terdapat juga pelbagai jenis unggas yang dipamerkan di sini, ada yang hidup dan ada juga yang telah di awetkan macam gambar labah-labah dekat atas ni. Pelbagai jenis lipas juga ada dipamerkan. Lipas ni yang hidup punya tau. Cuma KJ tak ambil gambar sebab bulu ruma dah meremang. Dok terbayang cemana agaknya kalau serangga-serangga ni hurung KJ. Uish, selisih hoi. Choiii..
Seterusnya kami ke Taman Herba. Masa nak ke sini hari dah mula nak hujan. Sebenarnya dah hujan dah pun. Tapi kami redah je sebab memang dah masuk dalam list aktiviti basah-basah hari ini. Lagipun dekat tasik mana ada ombak besar. Jadi, kalau hari hujan pun InsyaAllah tiada gelombang besar macam ombak tu dekat tasik ini.
Air herba percuma |
Sejarah Taman Herba |
Budak ni posing je |
Air-air herba tu memang dah siap dihidangkan. Jadi kalau korang dah sampai sini, boleh cuba semua air herba yang disediakan. Air ni semua percuma sahaja. Tapi kalau dah namanya herba boleh ke korang habiskan 1 bekas? Errr, KJ tak rasa pun air-air ni sebab jaga budak-budak dekat kedai jual cenderamata.
Dan destinasi terakhir yang kami tuju ialah air terjun.. Yeayyy..
Jauh perjalanan luas pemandangan |
Seronok ye dapat main air |
Peace yo |
Buat apa sorang-sorang tu |
Main dekat air cetek saja. |
Jauh giler nak ke sini |
Peace |
Punyalah banyak gambar dekat air terjun ni. Hehe, sebenarnya air terjun dia tak nampak. Nak kena masuk ke dalam lagi baru boleh jumpa dengan air terjun. Tapi kami tak masuk sampai dalam pun sebab bawa budak-budak tu macam tak sesuai je kan.
Masa sampai dekat sini, ada satu rumah bot yang tengah parking dekat sini. Diorang pesan hati-hati sebab risau kepala air turun. Kami pun memang sedia maklum dengan keadaan yang tengah hujan ni kita tak tahu bila kepala air tu akan turun. Dan Alhamdulillah, sepanjang kami dekat sini tiada apa-apa yang berlaku. Kami juga dinasihatkan supaya sentiasa memakai jaket keselamatan.
Cuma kena hati-hati dengan pasir jerlus dan tanah yang licin. KJ dan abah dah tergelincir dah. Memang habis kotor baju kami. Dan part yang paling best sekali air dekat tandas takda. Maka berhuhuhulah kami keluar dari Tasik Kenyir mencari stesyen minyak terhampir.
Kami tidak ke tempat ikan kelah kerana tempat ini juga ditutup semasa kehadiran kami. Dah double kecewa dekat sini. Takpalah, mungkin ada hikmahnya kami tak dapat pergi ke sana.
Dah alang-alang KJ bercerita pasal percutian ni, KJ nak ambil kesempatan untuk menguar-uarkan sesuatu yang sangat best dekat korang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang ni Traveloka sedang mengadakan satu kontes di website iaitu CNY 2018 Contest. Cara untuk menyertai cabaran ini sangat mudah, korang cuma perlu ikut arahan yang dipaprkan di skrin sahaja.
KJ dah main banyak kali dah. Sangat mudah permainannya. Cuma kena pastikan kapal terbang tak berlanggar dengan awan, layang-layang dan segala monumen. Kalau nampak gambar tiket korang kena langgar, barulah dapat 10 markah. 1 markah akan diberikan untuk setiap halangan yang berjaya dilepasi. KJ selalu sangkut dekat tali layang-layang. Huhu..
Ini adalah contoh gambar tiket yang perlu korang langgar. Selain daripada tiket ni korang jangan langgar pula. Halangan dia ada dekat atas dan bawah. Walaupun korang nampak awan tebal sekalipun sila jangan langgar. Hah!! KJ bagi tips ni.
Syarat kelayakan untuk menyertai cabaran ini ialah korang wajib ada akaun Facebook dan korang kena jadi follower Traveloka Malaysia Facebook Fan Page. Dalam 1 hari korang boleh share score game sebanyak 5 kali sahaja.
Hadiah yang ditawarkan pula ialah:
- Grand Prize - Percutian 6 hari 5 malam ke Seoul, Korea Selatan untuk 2 orang
- 1st Runner Up - Percutian 5 hari 4 malam untuk 2 orang ke Phuket, Thailand
- 2nd Runner Up - Percutian 4 hari 3 malam untuk 2 orang ke Pulau Langkawi
Dan kalau korang bertuah, pihak Traveloka akan pilih 2 orang pemenang berdasarkan daripada perkongsian Traveloka Fly & Win Challenge di Facebook. Pemenag akan membawa pulang voucher bernilai RM1,000.00 setiap seorang. Pemenang dipilih secara rawak dan sebarang keputusan adalah muktamad. Cepat-cepat join tau.
KJ doakan semoga kita sama-sama menang hadiah utama tu nanti. Amin..