Dari Johor ke Kuala Terengganu

Kasih Juju
Percutian ke Kuala Terengganu l Hai korang, harini KJ nak cerita pasal percutian selama 5 hari 4 malam KJ dengan mak, abah, adik bongsu dan jugak si kecik Firash beserta kakak sepupu dia.

Kami memulakan perjalanan pada jam 1.30 petang Sabtu. Betul-betul lepas solat Zohor. Perjalanan dari Benut hingga ke Muadzam Shah mengambil masa selama lebih kurang dalam 4 jam. Lalu jalan kampong, mana boleh nak laju-laju. Lagipun inilah jalan yang paling dekat nak ke Negeri Pahang. Dan part yang paling adventure tu bila dekat Felda Redong, abah tau ada satu jalan pintas yang tak perlu lalu bandar Segamat. Tapi jalannya ditutup sebab ada jalan yang runtuh akibat banjir suatu masa dahulu. Abah kata takkanlah JKR tak selenggara semula jalan tu, mesti dah siap dah.

Maka dengan nekad dan penuh confident’nya kami pun redah jelah Felda Redong. Masuk je simpang felda tu dah nampak dah papan tanda mengatakan jalan yang kami nak lalu tu masih ditutup. Tapi kami redah juga.

Mula-mula cuak jugalah sebab tak banyak kereta yang lalu jalan ni. Tapi dalam pada cuak tu banyak juga kereta dari arah depan. Dan kami akhirnya memasuki kawasan ladang kelapa sawit. Macam gambar dekat bawah ni.

Serius weh, kami memang redah je jalan sawit tu. Nasib baiklah cuaca haritu cerah. Jalan Cuma berdebu je. Boleh bayangkan tak kalau hujan. Memang kotorlah kereta. Lalu jalan tanah merah. Paham-paham ajelah.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Pahang. Abah kata nak berhenti solat di Muadzam Shah. Sempat jugalah kami mengisi dulu perut yang lapar. Tapi kalau kita berjalan jauh ni memang cepat je rasa lapar kan. Hehe. Masa makan tu abah kata nak teruskan je perjalanan ke Terengganu. Tapi dia pandang KJ minta persetujuan sebab lepas ni KJ yang akan memandu. KJ pun setuju sajalah. Memandangkan jarak perjalanan dari Muadzam Shah ke Kuala Terengganu memakan masa dalam 3 jam sahaja.

Dan akhirnya dalam jam 8.30 malam kami sekeluarga sampai ke Kuala Terengganu. Tapi kami tak terus mencari hotel untuk check in. Tapi kami cari dulu kedai celup tepung. Hehe, punyalah pack sangat masa kami. Abah kata jadual besok nak ke Pasar Payang dan Tasik Kenyir sahaja. Takkan singgah cari celup tepung lagi dah. Maka KJ pun turutkan juga kehendak abah. Berpusing-pusinglah di sekitar kawasan Lapangan Terbang mencari kedai yang jual celup tepung.

Memandangkan jam dah menunjukkan hampir 9 malam, Cuma ada 1 saja kedai yang jual celup tepung ni. Kalau kedai yang jual masakan ala thai tu memang melambak-lambaklah di tepi-tepi jalan.  Alhamdulillah. Merasa juga makan ikan, sotong dan udang celup tepung. Lokasinya berhampiran dengan lapangan terbang.



Setelah mengisi perut, kami pun bergerak ke Kuala Terengganu untuk mencari hotel yang murah dan selesa untuk kami berehat 1 malam. Ha nampak tak? Punyalah perancangan nak tidur Kuantan, tapi last-last sampai terus ke Kuala Terengganu.

Setelah meng’Google serba sedikit di Agoda, maka kami pun terjah je Hotel YT Midtown Kuala Terengganu. Abah tempah bilik yang ada 3 katil. Jadi adik bongsu terpaksalah tidur di lantai. KJ dan Firash tidur di tepi dinding. Memang sengaja pilih tepi dinding sebab si Firash tu tidur lasak.


Tapi maafkan KJ sebab KJ tak sempat nak ambil gambar di hotel ni. Almaklumlah, check in dah lewat. Nampak katil tu memanggil-manggil dah. Tapi gambar yang KJ ambil dari website ni memang dah samalah. Cuma bilik ni agak kecil utnuk kami yang 4 dewasa dan 2 kanak-kanak. Harga 1 malam dalam RM170.00 termasuk sarapan untuk 3 orang.

Pilihan sarapan juga tidak banyak. Sesuailah dengan bayarannya kan. Walaupun tak banyak pilihan, yang penting si Firash suka dengan mihun sup dia. Kena selera budak-budaklah senang kata.

Dan dalam pukul 11.30 pagi kami pun check out dan menuju ke Pasar Payang. Yeay.. Jom jalan. Sampai je kat Pasar Payang benda pertama yang kami cari ialah keropok keping. Tapi kami tak boleh nak beli banyak-banyak memandangkan banyak lagi tempat yang kami akan singgah. Toto ke baju ke memang kami tak belilah. Kami cuci mata je.

Okkaylah. Cukup sampai sini dulu. Lepas ni KJ akan buat entri mengenai Tasik Kenyir pula.
Terima kasih sudi baca.