- Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur.
- Gunakan pancuran air semasa mandi. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
- Sentiasa lakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti sebarang kebocoran dan baiki paip air yang rosak dirumah anda dengan segera.
- penuhkan muatan mesin basuh dalam setiap cucian.
- Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
- Pastikan papi ditutup dengan ketat bagi mengelakkan air terus menitis.
- Letakkan 'cistern bag' di dalam tangki tandas untuk mengurangkan kuantiti air bagi setiap pengepaman.
- Gunakan baldi ketika membasuh kereta.
- Siram tanaman anda pada awal pagi atau lewat petang. Ini akan mengurangkan penyejatan air dari tanah.
- Elakkan dari menyiram halaman tumah dengan menggunakan pancuran hos.
Source: Belakang bil air SAJ ✌✌