Segmen ini akan berlangsung bermula dari 24 April hingga 29 April 2018. Jadinya, ada tempoh selama 5 hari untuk rakan blogger menyertai Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 ini.
Cara Sertai Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018
Syaratnya mudah sahaja.
- Mestilah blogger Malaysia dan ada blog yang aktif.
- Tulis sebuah post berkaitan segmen ini.
- Gunakan banner segmen ini dan muatkan dalam post tersebut.
- Senaraikan lima aktiviti yang akan anda lakukan dalam bulan Ramadan (macam kira azam la) dalam post tersebut. Kalau boleh aktiviti ini mesti sesuatu yang boleh jadikan anda lebih baik dari Ramadan sebelum ini. Contohnya: Saya akan sholat berjemaah terawih selama 20 malam pertama tanpa tinggal atau Saya akan cuba banyakkan sedekah awal pagi sepanjang Ramadan.
- Pastikan ada satu link yang menuju ke blog ini atau blog post ini.
Ha, mudah je kan syarat dia. So jom kita buat checklist Ramadhan nanti. Macam sekejap je dah nak Ramadhan semula. Seronoknya. Hehe.. Alhamdulillah, berjumpa lagi dengan Ramadhan yang sentiasa dirindui.
Checklist Ramadhan Juju:
- Nak khatam Al-Quran
- Nak khatam tafsir Al-Quran
- Solat sunat terawih setiap malam (jika diizinkan)
- Bersedekah
- Kurangkan belanja di bazar Ramadha (doakan Juju kuat okeh)
Korang yangnak join segmen Bro HH ni boleh klik dekat banner segmen tu ya. Selamat mencuba :)