Indahnya Awan di Langit Biru l Haha.. Gelak dulu masa taip tajuk ni. kemain lagi macam nak bermadah bagai. Padahal nak masukkan gambar langit berawan je. Dapat jugalah menambah entri dekat blog Juju ni ha.

Sejak kebelakangan ni Juju suka sangat tengok awak masa balik kerja. Cantik sangat. Memang terpukau habislah tengok awan yang terbentuk tu. Tapi dalam masa yang sama Juju sentiasa berhati-hati dengan pemanduan. 

Kalau korang nak tau, Juju ni balik kerja mengadap matahari terbenam. Jadi memang tak boleh nak laju sangat. Silau wey. Kalau tak tahan boleh migrain kepala. Okeh jom tengok gambar-gambar yang sempat Juju snap.


Gambar yang pertama ni gamabr awan lepas hujan. Suka awan yang bertompok-tompok macam ni. Redup je jalan. Tapi kena jugalah cahaya matahari. Matahari lepas hujan kan teriknya lain macam. Berbayang dashboard kereta dalam gambar ni.


Gambar yang kedua ni pulak Juju snap semalam. Terik tetap terik. Tapi suka tengok kejadian awan tu. Dengan background yang membiru sambil mulut tak berhenti menyebut "SubhanAllah".

Okeh, nilah kerja Juju sepanjang perjalanan balik. Bagi mengelakkan mata mengantuk, kita nikmati pemandangan semulajadi yang indah sambil bernyanyi-nyanyi riang dalam kereta. Masa ni nak nyanyi lagu yang bernada tinggi pun takda masalah sebab tak ada yang dengar. Hehehehe..

Okaylah korang. Terima kasih sudi singgah :)