SDS "Messy Bun" Let's Get Messy!

Kasih Juju
SDS "Messy Bun" Let's Get Messy! Hai semua, kalau korang perasan minggu ni Team JDT Blogger ramai sangat yang post gambar comot-comot makan roti. Juju pun tak ketinggalan juga diberi peluang untuk mencuba sendiri roti keluaran SDS ni. So let's check it out.

SDS "Messy Bun"

Chocolate croissant with chocolate filling, coated with chocolate ganache and cocoa powder
Originated from Korea since early 2017
Become popular in Korea, China, Taiwan, and Malaysia recently. Celebrities, influencers, public and kids are crazy for its deliciousness of it, and posted photos of messy look when eating the bun
Why is it “Messy”: Cocoa powder will easily leave stain on face, while chocolate ganache causing teeth dirty. The person eating the bun will look “Messy” in the end
You can eat any way you like as long as it gets messy.

Ha sebab tu nama dia Messy Bun. Masa makan roti ni jangan haraplah korang boleh control ayu. Memang comot teruk tau. Kau sedialah tisu banyak manapun, takkan mampu setiap kali kunyah kau nak lap mulut. Penyudahnya Juju pun lantakkan ajelah. Hehe..



Si Firash ni pun pada awalnya suka sangat dengan roti. Yelah, siapa yang tak suka, ada coklat ganache dekat topping diakan. Tapi bila dia tengok tangan dengan muka dia comot terus dia berlari cari tisu. Haha, pembersih sangat tau si anak ni. Tapi lepas tu dia sambung makan lagi. Sampai menjilat jari.

Juju pun makan tau roti ni. Mane boleh tengok si Firash makan sorang-sorang. Lagi-lagi bila sampai part dia jilat jari tu ha. Eh, membuak-buak perasaan nak rasa roti ni.





Ha tengok, Juju pun makan comot. Haha, masa makan ni Juju dah gelak-gelak dah dengan Firash. Lepas tu si Firash lap mulut mama, mama pulak lap mulut Firash.

Kalau korang nak dapatkan roti ni, boleh dapatkan dengan harga pre-launch special price bermula 13 hingga 15 April 2018 iaitu RM 3.00 sahaja di outlet SDS terpilih iaitu di Kota Tinggi, Paradigm Mall Johor Bahru, AEON Mall Kulai Jaya, FANPEKKA Kafe by SDS, Taman Johor Jaya, Plaza Pelangi dan Giant Plentong sahaja. Bagi outlet SDS yang lain akan dijual bermula 16 April 2018 dengan harga RM 5.80 sebuku.


Yang di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain kalau nak rasa Messy Bun keluaran SDS ni silalah datang ke Johor. Sambil-sambil melawat tempat menarik dekat Johor ni. Bolehlah cuba sekali roti ni.

Untuk maklumat lanjut:
Official Facebook www.facebook.com/sdsgroups @SDS Bakery & Cafe
Official Instagram https://www.instagram.com/sdsgroups/ @sdsgroups