Mula-mula masa Juju dengar pasal River of Life ni pun Juju macam blur-blur je. Macam tak pernah dengar je pasal projek ni dekat Kuala Lumpur. Nak tambah sungai baru ke dekat KL tu? Eh, macam-macamlah yang bermain dekat fikiran Juju ni.

Setelah Juju mencari maklumat dan pembacaan di sana-sini barulah Juju faham. Rupa-rupanya projek River of Life ni merupakan salah satu projek permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi bagi Greater Kuala Lumpur. Tujuan dia adalah untuk mentransformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk menjadi ikon laluan air terkemuka, manakala tebing sungainya mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.


Okeh, masih samar-samar lagikan. Meh sini Juju permudahkan maksud dia. Projek ni bermaksud dia nak mengindah dan mencantikkan sungai-sungai yang ada dekat Kuala Lumpur tu. Apa yang Juju nampak sepanjang 8 tahun bekerja dekat Kuala Lumpur tu, sungai dekat sana memang tak menarik dipandang mata. So, inisiatif kerajaan nak mencantikkan semula sungai-sungai tu. Barulah menjadi tumpuan pelancong.


Serius cantikkan sungai yang dah siap dicantikkan ni. Barulah sejuk mata memandang. Tapi macammana pula kejadian dia kalau hari siang? Cantik ke tidak?



Sudah tentulah cantik juga. Lagi jelas kelihatan monumen yang diletakkan di tengah-tengah tu. Kalau nak tengok yang berlampu boleh datang sini waktu malam. Kalau datang siang tak dapatlah nak tengok lampu. Entah bilalah Juju nak jejak ke Kuala Lumpur ni lagi.

Sejak-sejak dah tak kerja di Kuala Lumpur ni dah jarang sangat dah ke sana. Rasa rindu pula dengan jalan sesak dekat KL nun. Beruntung sangat penduduk di Kuala Lumpur. Banyak kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

Semoga warga kota dapat menjaga dan tanamkan sifat first world mentality dalam diri. Bila dah ada first world mentality dalam diri, barulah kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan kekal indah sehingga tahun-tahun seterusnya. Biarlah seiring dengan pembangunan. Bila negara dah membangun, jangan pula dirosakkan perkhidmatan ini.

Semoga negara kita terus maju di masa hadapan. InsyaAllah.

Picture source: google.com