Assalamualaikum semua, ini adalah kali kedua Firash down with HFMD. Tahun lepas dah kena sekali. Tahun ni kena lagi. Aduh. Manalah anak ni dapat virus ni. Senang sangat berjangkit. Huhu.. Sabar ajalah mama jaga Firash ya. 

Mula-mula Juju dah rasa dah si anak ni selera makan dia lain macam. Makan nasi sampai bertambah 3 kali. Banyak betul ruang dalam perut dia nak makan nasi banyak-banyak tu. Rupa-rupanya memang dah rasa nak demam ye.
Demam-demam pun sibuk ajak pergi pasar malam nak beli ultraman
Pagi tu pergi sekolah okkay je mood dia. Cuma lepas bangun tidur petang tu mak kata dah dedar badan dia. Juju rasa pun dah panas. Mandikan dia petang tu dia cakap ada tulang ikan dalam mulut. Bila masa pulak si Firash ni makan ikan? 

Kalau korang nak tau, Firash ni jenis yang tak suka makan ikan. Bau ikan tu pun dia tak suka. Yang dia suka ayam dengan telur je. Jadi celah mana pula tulang ikan tersangkut dalam mulut? Ah hati pun dah tak sedap.

Besoknya pagi-pagi lagi dah ajak suami bawak Firash pergi klinik. Klinik favourite Firash dekat Kluang ni Klinik Soh Pakar Kanak-kanak. Kalau bawa ke klinik lain memang tak serasi. Dah cuba dah 2,3 kali klinik lain. Lambat nak sembuh. Kalau bawa klinik Soh ni sekajap aje demamnya kebah. 
39.2°c. Panas wey
Lepas doktor siap buat pemeriksaan dia kata ada ulser dalam mulut. Terus dia cek kaki dan tangan. Dan doktor kata Firash kena HFMD. Adududu... Luluh hati mama. 

Pada yang tak tau, HFMD tu maksudnya hand, foot and mouth disease. Penyakit kaki tangan dan mulut. Memang mudah berjangkit. Doktor pun suruh kuarantin seminggu. Jadi, mama pun dapat cuti kuarantinlah kan. Marilah kita buat house cleaning besar-besaran.

Terima kasih sudi baca.