Klinik 1 Malaysia Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah

Kasih Juju
Assalamualaikum semua, harini Juju nak berkongsi dengan korang pasal Klinik 1 Malaysia. Tujuan Klinik 1 Malaysia ni diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan perubatan ringan kepada penduduk setempat. Kalau korang perasan, dekat kawasan korang mesti ada satu klinik ni. Buat masa ini, terdapat 361 buah klinik 1 Malaysia di seluruh negara dan kesemuanya terletak di kawasan yang strategik dan berhampiran dengan kawasan perumahan.


Antara perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi dan prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan buka jahitan, serta perkhidmatan ujian makmal seperti ujian air kencing, ujian HIV dan ujian tibi.


Dikendalikan oleh jururawat dan pembantu hospital, klinik ini sentiasa dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan kemudahan dan bekalan ubat mencukupi. Setiap lawatan dikenakan caj hanya RM1 bagi warganegara dan percuma untuk warga emas. Ia beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti umum dan hujung minggu.

Tujuan utama klinik ini dibuka adalah untuk mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Ini membuktikan bahawa pihak kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik buat rakyatnya.

Pengalaman Juju mendapatkan rawatan di klinik ini
Beruntung sangat kita yang di luar Wilayah Persekutuan ni dapat juga merasa perkhidmatan Klinik 1 Malaysia ni. Juju pun pernah sekali ke sini bawa si Firash. Masa tu nafas dia dah berbunyi. Risau sangat sebab Firash memang ada sejarah asthma. Masa tu pula di pertengahan bulan. Berkira-kira sekejap nak bawa ke klinik swasta atau tidak.

Lepas tu terfikir dekat kawasan Juju tinggal ni ada Klinik 1 Malaysia, memang tak tunggu apa dah terus bawa Firash. Perkhidmatan yang Juju dapat pula sangat-sangat puas hati. Mana taknya, Pegawai perubatan yang bertugas tu bagi 2 kali sedut gas dekat Firash. Kali pertama masih ada bunyi lagi, kali kedua baru nampak nafas dia lega sikit. Hilang sikit resah hati ni. Dan bayaran yang perlu Juju bayar cuma RM1.00 je tau.

Untuk lebih jelas lagi mengenai perkhidmatan Klinik 1 Malaysia ni, jom kita tengok video dekat bawah ni.

Korang boleh klik SINI untuk dapatkan senarai penuh Klinik 1 Malaysia.


Picture source: google.com