Selamat Hari Guru

Kasih Juju
Assalamualaikum semua,

Bersempena dengan sambutan hari guru pada hari ini 16 Mei 2018, Juju pun nak ambil kesempatan ni nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia. Tak lupa juga kepada guru-guru yang pernah mengajar Juju sepanjang 19 tahun bersekolah di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.


Antaranya cikgu tadika kemas Kuala Klawang, Cikgu-cikgu SRK Undang Jelebu dan cikgu-cikgu SMK Dato' Undang Musa Al-Haj. Tak lupa juga dekat ustaz Hamdan dan Ustaz Latif yang pernah mengajar kelas agama masa sekolah rendah dulu. 

Aduh, tiba-tiba rindu pula masa zaman sekolah dulu. Zaman nakal-nakal nauzubillah. Haha. Biasalahkan zaman nak explore macam-macam tu. Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran cikgu-cikgu menurunkan ilmu dekat Juju maka di sinilah Juju sekarang.

Dan bila anak pun dah mula bersekolah ni macam tak sedaplah kalau tak bagi hadiah dekat cikgu-cikgu Firash tu. Sejujurnya Juju tak buat persiapan langsung nak beli hadiah dekat cikgu Firash. Balik daripada mesyuarat malam tadi baru sibuk-sibuk nak cari barang. Dalam kepala ni dah fikir nak bagi  tudung Aidijuma yang belum guna lagi. Ada jugalah 2,3 helai yang jadi penunggu setia dalam almari bilik tu. Daripada tak pakai baik Juju hadiahkan dekat cikgu Firash. Harap cikgu Firash sukalah dengan hadiah yang tak seberapa tu. Huhu. 

Okkaylah, terima kasih sudi baca :)