Hai semua,
So siapa dekat sini ada masalah dengan kulit kepala? Banyak kelemumur ke, gatal-gatal kepala ke atau pun masalah rambut gugur? Baik mengaku cepat. Bohonglah kalau korang tak ada langsung masalah dengan rambut korang tu kan. Paling sikit pun mesti ada masalah rambut gugur.
Juju sekarang ni pun ada masalah gatal-gatal kulit kepala. Bukan sebab ada kutu tau. hari-hari Juju syampu rambut okeh! Tapi mungkin sebab tak sesuai dengan kulit kepala Juju kot. Sebab tu rasa tak selesa. Lagi pulak kita ni jenis yang bertudung. Kalau salah pilih syampu memang meranalah.
Tapi, sekarang Juju nak ajak korang sama-sama cuba produk baru iaitu Prodruff Behind Skin. Dalam set Prodruff ni, korang akan dapat spray treatment which is produk paling penting dalam topik kita harini. Set ini didatangkan bersama dengan syampu. Senang kata beli spray treatment dapat percuma syampu rambut.
Apa yang perlu korang lakukan sebelum bertukar ke Prodruff?
- Berhenti gunakan syampu anda selama 7 hari kecuali kalau korang gunakan syampu Prodruff
- Jangan gunakan gel rambut, krim rambut, pomade atau wax
- Jangan spray di bahagian yang luka
- Jangan cakar guna kuku, urut sahaja menggunakan hujung jari
- Jangan sembur terus ke mata
- Selepas 7 hari penggunaan spray treatment, baru korang boleh gunakan wax, gel, krim atau pomade.
Cara Penggunaan:
Cara guna dia, sebelum tidur spray je serum tu ke beberapa bahagian kepala seperti yang ada dalam kad di atas. Boleh spray lebih pada tempat yang biasanya terasa gatal. Massage gentle guna fingertips. Then boleh tidur dengan aman damai dan lena kerana effect sejuk dari serum mmg nyaman je kepala.
Makesure rambut betul-betul kering sbelum spray
Spray dengan jarak tidak terlalu dekat dgn kulit kepala ya, ukuran lebih kurang sejengkal dr kulit kepala.
Selepas bangun tidur. Boleh shampoo rambut dengan mengunakan shampoo prodruff.
Bilas sebersih-bersihnya sehingga tiada rasa licin-licin shampoo.
Kemudian boleh keringkan rambut seperti biasa, digalakkan keringkan sekering2 nya sebelum pakai anak tudung, avoid any hair product for 7 days.
Apa kebaikkan guna Prodruff ni?
- ✔ Rawat kelemumur seawal 3 hari
- ✔ Mengurangkan rambut gugur
- ✔ Menghilagkan rasa gatal kepala
- ✔ Rambut terasa lembut
- ✔ Kulit kepala tidak berminyak
- ✔ Kepala tak berbau hapak
- ✔ Kepala terasa segar
Pengalaman Juju
Masa pertama kali Juju dapat spray treatment ni, Juju macam was-was. Betul ke benda ni boleh selesaikan masalah gatal kepala Juju ni? Tapi atas dasar nak merawat, Juju cuba jugalah.
Syampu dia wangi sangat weh. Macam cuci rambut dekat salon tu hah perasaan dia. Lepas cuci rambut, mengikut arahan dekat kotak dia, kita kena keringkan betul-betul rambut. Jenuhlah Juju keringkan rambut depan kipas angin. Haha.
Dekat rumah Juju takda hair dryer. Jadinya, nak menyelesaikan masalah ni kita guna kipas angin jelah. Yang penting kepala betul-betul kering. Lepas dah kering tu, Juju spray kan ke tempat-tempat yang dah dinyatakan sambil urut-urut sikit kepala tu.
Sedap tau guna spray treatment ni. Sejuk je rasa dekat kepala. Rasa macam ada orang tengah urut kepala kita. Sambil dalam hati Juju berkata 'Ni kalau migrain datang menyerang bagus jugak nih spray kan aje kepala nih'. Muehehehehe.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:
Website: www.prodruff.com
Nombor telefon: 012-6496100
Email: behindskinhq@gmail.com
Instagram: @Prodruff.official_malaysia
Facebook page: prodruff
Dan, untuk pembaca blog Juju, ada diskaun istimewa menanti korang. Korang perlu whatsapp PRODRUFF GET40 ke nombor 012-8009860 untuk dapatkan harga promosi khas untuk korang.