Glory 78 Steamboat & Snack Corner Cameron Highland

Kasih Juju
5
Hai korang,

Harini Juju nak share salah satu tempat makan steamboat yang halal di Cameron Highland, Glory 78 Steamboat & Snack Corner. Kedai ni kawan satu jabatan yang recommend. Dia kata nak makan dekat sini. Disebabkan masa dekat Cameron Highland ni kami gerak 3 kereta, jadi kami semua follow je sebab masing-masing memang dah lapar plus tak nak makan malam dekat hotel.

Kalau sebut pasal steamboat, mesti dah terbayang dalam kepala menu yang ada dekat sini mesti steamboat saja kan. Tapi korang silap sebab ada banyak lagi pilihan makanan dekat sini. Kalau korang rasa taknak makan steamboat pun korang boleh pilih menu lain. So, jom kita tengok menu yang ada dekat restoran ni dulu.

Glory 78 Steamboat & Snack Corner Cameron Highland Glory 78 Steamboat & Snack Corner Cameron Highland Glory 78 Steamboat & Snack Corner Cameron Highland

Dan kami memang makan steamboat je malam tu. Walaupun menu yang lain tu memang menggoda nafsu makan kami, tapi kami tak tergoda pun. Hehe.. Sebenarnya kami sangat-sangat kejar masa. Pukul 8.30 malam kami dah sambung semula bengkel. Masa kami sampai sini dah pukul 7.15 malam. Hujan pun turun renyai-renyai. Sejuk dia jangan katalah.

Glory 78 Steamboat & Snack Corner Cameron Highland

1 meja ada 5 orang. Order steamboat untuk 3 orang makan. Tu pun terkulat-kulat masing-masing nak menghabiskannya. Nasib baik kitorang tak order nasi. Kalau order nasi mau nya kena bungkus bawa balik. Muehehehe.

Glory 78 Steamboat & Snack Corner Cameron Highland Glory 78 Steamboat & Snack Corner Cameron Highland

Glory 78 Steamboat & Snack Corner Cameron Highland Glory 78 Steamboat & Snack Corner Cameron Highland

Kuah tom yam dan kuah sup ayam dia memang sangat marvellous. Cukup rasa semuanya. Tak kisah kalau kita nak rebus dekat kuah yang mana satu. Kalau tak nak pedas, boleh pilih sup ayam. Kalau suka pedas boleh makan tom yam. Ada juga disediakan kuah macam sambal tumis. Kalau korang nak tambah pedas lagi, boleh campur sendiri sambal tu. Konsep steamboat dekat sini bukan buffet ye. So bila kita order untuk 3 orang makan, jadi dia dah siapkan bahan-bahannya.

Kalau macam dekat sesetengah tempat, dia buat buffet. So kita boleh pilih sendiri apa yang kita nak makan. Tapi dekat sini dia dah buatkan siap-siap. Kalau nak makan ramai-ramai korang boleh tambah lagi. So far memang cukup sangat-sangat.

Untuk maklumat lebih lanjut lagi, korang boleh terjah sini:
Alamat: S-1, Batu 39, Jalan Brinchang, Cameron Highland
Nombor telefon: 019-555 3848

Post a Comment

5Comments

Please Select Embedded Mode To show the Comment System.*