HARD ROCK HOTEL® DESARU COAST Mempersembahkan Rentak Selera

Kasih Juju
Bulan puasa nanti, pastikan korang masukkan Hard Rock Hotel Desaru Coast dalam list untuk berbuka puasa nanti. Juju suka betul dengan kawasan Desaru yang tenang dan jauh dari hiruk pikuk kota. Kalau nak menginap dekat sini pun syok tau. Dekat dengan Adventure Waterpark Desaru Coast.


Tahun ni, Hard Rock Hotel Desaru Coast menampilkan tema "Rentak Selera" selaras dengan tema Hard Rock Hotel tu sendiri yang penuh dengan muzik. Sambil makan pun boleh menghayati muzik tau.

Bercakap mngenai menu pula, Chef Halim telah mempersembahkan pelbagai jenis hidangan yang lazat dan menyelerakan antaranya aneka kerabu, jeruk, sambal dan rojak. Peminat makanan laut pula boleh menikmati seafood fresh atas ais tau. Ada udang harimau, kupang, kerang dan pelbagai lagi.

Ada juga telur masak beriyani safron yang di hidangkan dengan nasi briyani dan boleh juga dimakan dengan pelbagai menu dibahagian panggang. Ada kambing golek, ayam madu bakar, daging bakar, dan ikan bakar. Dipadankan pula dengan pelbagai sos pencicah seperti BBQ, lada hitam dan salt-chilli sauce.

 

Ada juga satay yang boleh di makan dengan ketupat dan rendang. kalau orang nak makan makanan yang bari dimasak oleh chef pun boleh ke wok and pasta station.

Di bahagian pencuci mulut pula, ada pelbagai kuih tradisional melayu dan barat yang ada. Contohnya puding mangga, ais krim, tat nenas dan pelbagai jenis biskut ada kat sini.


Juju suka betul dengan nescafe ais dia. Ingatkan macam dekat pasar malam yang jenis tawar tu kan, ha memang jauh meleset sangkaan Juju. Walaupun dia bancuh nes dalam balang besar, tapi rasa dia memang kaw weh. Aduh, tak boleh nak describe. Yang pasti Juju minum 3 cawan. Mueheheheh....

The Rentak Selera Buffet Dinner
available from 24 March to 22 April 2023 at Sessions, 
the all-day dining restaurant at Hard Rock Hotel Desaru Coast. 
The dinner is priced at RM 138nett per adult 
RM 69nett for children (6 to 12 years old) and senior citizens (65 years old and above).

Group bookings of a minimum of 30 persons will enjoy 10% discount.

An early bird promotion is available from 1 to 23 March 2023 at RM 128nett per adult while, children and senior citizens are priced at RM 64nett per person. For booking and dining between 24 and 31 March, diners will enjoy a special price at RM 88nett per person.

To reserve your seats, please email fnb.reservation@hrhdesaru.com or WhatsApp +6012 738 8247
Tags