Ada lebih 400 juadan di Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet Renaissance Johor Bahru

Kasih Juju
Ada lebih 400 juadan di “Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet” Renaissance Johor Bahru

Haritu Juju memenuhi jemputan makan-makan di Hotel Renaissance, Johor Bahru. Ini merupakan pengalaman pertama Juju menjejakkan kaki ke hotel ini. Kalau korang nak tau hotel ni terletak di Permas Jaya. Aduh, menggamit pengalaman betul masa lalu kawasan ni. 

Tahun ni, Renaissance memperkenalkan barisan sajian untuk iftar yang lazat dan unik. Dengan tema “Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet” Juju pasti korang tak akan kecewa dengan makanan-makanan yang dihidangkan di sini. 

Ada lebih 400 juadan di “Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet” Renaissance Johor Bahru Ada lebih 400 juadan di “Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet” Renaissance Johor Bahru
 
Team kulinari dari Café BLD telah memilih beberapa jenis makanan tradisional dan hetitage untuk dijadikan menu utama dimana korang dapat lihat sendiri bagaimana makanan ini disajikan. Menarikkan.

Baca sini: sotong masak kicap

Kali ini, Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet menyajikan pengunjungnya pelbagai makanan tempatan dari kaum melayu, cina dan india. Tak perlu pening-pening nak pergi banyak kedai. Pergi 1 tempat je dah boleh dapat semua.

Okeh jom kita tengok menu apa yang ada dekat sini:
  • Pembuka selera: Ulam-ulaman, sambal dan sos, aneka jeruk, kerabu dan acar.
  • DIY section: Pasember, gado-gado, rojak buah, nyonya pai tee, seafood in ice, keropok dan kerepek.
  • Live action stall: Signature BLD satay, bakar-bakar, indian cuisine, kukus celop & chinese wok (steamed dim sum, fried dimsum & fried carrot cake), hirup-hirup (sup kambing merah, sup ekor, daging berempah & bubur lambuk) & goreng-goreng (durian roll, pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng, keropok lekor & keladi goreng)
  • Gulai kawah: Dendeng daging, asam pedas berempah ekor sapi, udang masak lemak nenas, kambing masak kismis, ikan sambal berlado hijau dan sotong sambal petai pati santan
  • Kambing masak kandar, itik bakar masak lemak cili api, puyuh goreng daun kemangi, udang masak lemak tempoyak dan ikan goreng tiga rasa.
  • Noodle stall: mi jawa, mi rebus, laksa johor, mi bakso dan sup ayam
  • Lemang & ketupat: Lemang, ketupat, ketupat palas, seruning daging, serunding ayam, serunding ikan dan sambal kacang.
  • Desserts: Aneka kuih melayu, aneka kurma, aneka puff, aneka swiss roll, aneka puding buah, kek lapis dan dodol, bubur manis, ABC, buah-buahan segar dan pelbagai perisa aiskrim.
*all menu are subject to change according to availability and rotation basis

Ada lebih 400 juadan di “Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet” Renaissance Johor BahruAda lebih 400 juadan di “Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet” Renaissance Johor Bahru

Ada juga live band dekat sini. Jadi masa korang makan tu bolehlah layan lagu-lagu yang dimainkan oleh live band ni. Okeh jom tengok harga pulak.

Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet
 23 March 2023 – 21 April 2023
6:30pm to 10:00pm
 RM188 nett per adult
 RM94 nett per children (6 to 12 years old)

 Purchased from 15 February 2023 – 21 March 2023
 Get three (3) complimentary vouchers for every 10 vouchers
 𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝟮𝟯 𝗠𝗮𝗿𝗰𝗵 𝟮𝟬𝟮𝟯 – 𝟮𝟴 𝗠𝗮𝗿𝗰𝗵 𝟮𝟬𝟮𝟯

 Purchase from 15 February 2023 – 21 March 2023
Get one (1) complimentary voucher for every 10 vouchers
 𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝟮𝟯 𝗠𝗮𝗿𝗰𝗵 𝟮𝟬𝟮𝟯 – 𝟮𝟭 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟯
𝐎𝐑
15% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
𝐎𝐑
10% discount for Maybank & Standard Chartered Malaysia card holder
𝐎𝐑
10% discount for Marriott Bonvoy member
Website: www.cafebld.com

Tags