Selamat Datang Julai 2018

Kasih Juju
Assalamualaikum semua,


Sekejap je dah masuk bulan Julai. Macam terasa masih baru lagi Juju bangun sahur masa bulan Ramadhan haritu. Rindu sungguh. 


Kalau korang perasan, entri bulan Jun Juju sangat sikit. Ada 7 post sahaja. Huhu. Menyedihkan betul. Juju sangat-sangat sibuk sejak kebelakangan ini. Banyak sangat kerja yang datang. Belum selesai satu tugasan, dah kena sambung tugasan lain. Alhamdulillah, semuanya Juju dapat selesaikan dengan sempurna.

Bila dah masuk bulan Julai ni Juju harap dapat lebih konsisten lagi dengan blog kesayangan Juju ni. Bila kita rajin post, barulah client percaya dengan kerja kita. 

Sebenarnya Juju sekarang ni sedang menanggung kerja. Jadi kerja melambak tu normal lah kan. Kena buat banyak kerja dalam satu masa. Masa awal-awal dulu memamg kelam kabut jugalah. Mana nak kejar tugasan kerja hakiki, mana nak siapkan kerja yang ditanggung. Serabut betul.

Ditambah pula dengan musim mesyuarat agung tahunan koperasi. Tak boleh nak pandang sebelah mata je tu. Kena tengok betul-betul. Huhu..

Semoga bulan Julai ini berjalan dengan bagi Juju dan blog kesayangan Juju ni. InsyaAllah.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam
Tags