Taman Tema Air di Bukit Gambang Water Park

Kasih Juju
Hai korang, harini Juju nak share dengan korang satu tempat menarik untuk korang kunjungi bersama keluarga. Lebih-lebih lagi kalau korang nak cari tempat untuk bawa anak-anak untuk bermain air. Maklumlah, anak-anak dan air memang tak dapat nak dipisahkan. Hehe.

Tempat yang Juju nak cadangkan ialah Bukit Gambang Water Park.


Bagi orang Pahang, memang dah familiar sangat dah dengan tempat. Tapi untuk yang tak tau, meh sini Juju nak kongsi dengan korang apa yang menarik di sini.

Bukit Gambang Water Park telah dibina dengan keluasan seluas 46 ekar. Ia juga telah mendapat pengiktirafan "Best large water park" oleh Malaysian Association of Amusement Theme Park and Family Attraction (MAATFA) pada tahun 2011.

Yang paling menarik, dekat sini ada longest family raft ride, longest 6 lanes racer, largest wave pool yang berupaya menghasilkan 8 jenis ombak yang berlainan, Penguin Island yang sesuai untuk kanak-kanak dan lazy river. 


Kaunter tiket
Kalau korang datang untuk mandi manda dekat sini, boleh terus beli tiket dekat kaunter ni. Murah je harga tiket dekat sini. Mampu bayar. Harga tiket Juju akan share di akhir entri ini ye. Jadi sila teruskan pembacaan anda.

Lepas buat pembayaran, korang akan diberikan gelang tangan. Kalau korang nak tau, water park ni tidak menggunakan transaksi tunai. Jadi kalau korang nak sewa pelampung ke, locker atau nak beli makanan, korang perlu tambah nilai gelang tangan terlebih dahulu.

Dekat gelang tangan ni ada barkod. Kalau korang tambah nilai RM50.00, masa nak beli makanan nanti cuma tunjukkan gelang untuk di scan je. Kalau tak habis guna, korang boleh tebus semula di kaunter lepas dah keluar dari water park ini nanti.

Mudah kan? Baran-barang berharga boleh simpan dekat locker siap-siap. Tak payah nak sibuk-sibuk amik duit lagi. Kalau simpan duit dalam seluar pun risau juga. Manalah tau tercicir masa tengah main slide ke, buat naya je.

Juju dan blogger Ain

Dekat sini ada disediakan cabana untuk korang yang datang cuma nak rehat-rehat. Sementara nak tunggu anak-anak mandi-manda, korang boleh baring-baring. Kadar sewaan dia ikut tempat. Tapi kalau korang tak nak sewa cabana ni pun boleh. Ada juga disediakan kerusi meja di depan Coco Beach. Cuma kena berebut sikitlah. Siapa cepat dia dapat. Ha cemtu.

Kadar sewa kabana:
Coco Beach RM38.00 + RM10.00 (refundable) = RM 48.00
River RM38.00 + RM10.00 (refundable) = RM 48.00
Garden RM18.00 + RM10.00 (refundable) = RM 28.00
Slide RM18.00 + RM10.00 (refundable) = RM 28.00
Penguin Island RM48.00 + RM10.00 (refundable) = RM 58.00


Gambar dekat atas ni menunjukkan harga yang perlu korang bayar kalau nak guna kemudahan pelampung, loker, jaket keselamatan kanak-kanak, tuala dan bola tampar pantai. 


Perkhidmatan tuala juga disediakan di sini. Jadi korang tak perlu bawa beg berat-berat disebabkan oleh tuala basah nanti. Hehe.

Aqua Play
Kids Splash Pool
Kids Slide

Firash suka betul main dekat pantai ni. Firashlah yang paling suka. kalau Juju ajak ke tempat lain mesti dia kata nak main pasir dekat sini je. Tak nak main dekat  tempat lain. Juju pula tak nak main air dekat sini sebab panas. Tak da tempat redup. Tapi bila dengar bunyi siren ombak terus laju-laju terjah pantai ni. Seronok wey main ombak. 

Ombak dia pula ada banyak jenis. Paling korang kena ingat sekali ombak pukul 4.45 petang. Ombak dia kuat betul. Baru syok main pelampung besar tu dekat sini.

Jadual ombak

Ini kawasan untuk ke Tree Top Hills Slide. Dekat sini ada slide untuk orang dewasa. Juju tak bawa handphone naik dekat atas ni. Jadi tak dapatlah nak tunjuk dekat korang permainan yang Juju main. Tapi demi memastikan korang tau apa yang ada dekat sini Juju pinjam gambar dekat encik Google ye.


6 lane racer ni Juju tak main. Mampu tengok je. Macam seram oi turun kepala dulu. Haha.. Tengok dekat TV tu siap terbang lagi. Okeh, sebenarnya Juju memang penakut. Haha.. Tak beranilah.


Family ride ni Juju naik bertiga dengan blogger Sis Lin dan blogger Sunah. Memang menjerit sakan sepanjang perjalanan nak turun tu. Rasa lama betul perjalanan turun. Juju pula dapat side yang pandang ke belakang. Jadi memang tak nampak apa yang ada dekat depan. Tau-tau je ke kiri, kejap ke kanan. 

Lifeguard dia kata kalau nak lagi best naik ramai-ramai. 1 pelampung ni boleh muat 6 orang. Jadi dia punya kona tu memang melambung-lambung. Haha. Naik 3 orang ni pun dah rasa macam nak tercabut anak tekak menjerit, apatah lagi kalau naik 6 orang. Mau bergegar water park tu. 
Kemudahan surau juga disediakan di sini


Glacier river ni pun ada masa-masa dia berombak juga. Macam arus deras. Selalunya lazy river ni lambat je arus dia mengalirkan. Tapi untuk yang dekat Bukit Gambang ni bila datang arus deras tu memang syok tau. Laju je pelampung tu bergerak.




Okeh, bila dah lama berendam mesti perut pun dah mula berkeroncong. Juju nak cadangkan dekat korang untuk cuba pizza dekat sini. Sedap sangat uolls. Walaupun dah sejuk, roti dia tetap lembut. Tak keras langsung.




Semua sedap-sedap tau. memang korang wajib cuba. Harga pun murah je wey. Pizza saiz 12 inci ni cuma RM 18.00 je. Murah ke murah? Mur-mur je kan. Ada 6 perisa yang boleh korang pilih. Iaitu Magherita Supreme, Pepperoni Beef, Spicy Seafood, Chicken Satay King, Fruit Republic dan Village Delight. Semuanya sedap tau.


Ha nampak tu muka penat dak Firash. Tak pernah-pernah mandi dekat water park sampai keluar announcement water park nak tutup. Hari ini dalam sejarah. Puas betul. Kalau nak lagi puas korang kena datang masa weekdays. Boleh main slide banyak-banyak kali. Tak da siapa nak marah. Haha..


Untuk maklumat lebih lanjut, boleh ke:
Website
Bukit Gambang Water Park

Facebook

Instagram

Alamat
Bukit Gambang Resort City,
26300 Gambang, 
Kuantan Pahang Darul Makmur,
Malaysia 

No. Telefon
+09-548 8000 ext. 8400 
Fax : +609-548 6288 

Email
bg_waterpark@bgcr.com.my 

Hotline
016-9884768


Bukit Gambang Resort City - Water Park
Operation Hours: Monday, Wednesday & Thursday 11.00 am - 6.00 pm
Friday, Saturday, Sunday, Malaysia Public & School Holidays 9.30 am - 6.30 pm
Close on Tuesday except Malaysia Public & School Holidays

Ticket Price:
Adult - RM33.00
Children / OKU / Senior Citizen - RM23.00
Child rate applies to children above the heights of 90 cm to 12 years age.
Free admission for children below 90cm.

Credit picture:
www.sislin76.com
www.ceriteraibu.com