Stiletto Khas Untuk Wanita Yang Yakin Dengan Diri Sendiri

Kasih Juju
Hai korang,

Hari ni kita nak bercerita mengenai topik kasut. Jarang sekali Juju nak membebel pasal kasut. Lebih-lebih lagi yang melibatkan tumit tinggi. Juju pula tak berapa suka pakai kasut tumit tinggi. Kalau yang jenis wedges tu boleh dipertimbangkan lagi. Tapi kalai yang jenis tajam meruncing tu memang tak sesuai kot dengan kaki Juju.

Juju pernah cuba sekali kasut yang macam tu, tapi Juju rasa tak selesa sangat. Bayangkan korang kena jalan dengan keadaan berjingkit-jingkit. Huh. Masa ni baru Juju faham maksud perkataan 'Beauty is Pain'.

Tapi Juju suka sangat tengok rekaan kasut tumit tinggi ni. Rasa macam sophisticated sangat bila dapat sarungkan kasut ni dekat kaki. Lagi-lagi kasut tumit tinggi jenis stiletto. Lagi tinggi dan lebih tajam tumit dia. Fuh, tak faham macam mana sesetengah artis boleh tahan pakai kasut tu berjam-jam.

Apa itu Stiletto?
Kalau ikut kamus, stiletto ni ada 2 maksud. Yang pertama membawa maksud pisau pendek dengan bilah yang tirus, dan satu lagi membawa maksud kasut yang mempunyai tumit tipis yang tinggi. Selalunya stiletto ni dipakai oleh pengantin di hari persandingan. Okeh jom kita tengok contoh stiletto ni.


Hah, mengancam tak kasut-kasut ni semua? Boleh bayang tak macam mana keadaan kaki korang nanti lepas pakai kasut ni? Sebab tu Juju berani kata stiletto ni khas untuk wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kalau takda keyakinan tinggi confirm korang akan tolak tepi kasut ni. Hehe.

Semasa berjalan-jalan di alam maya ni, Juju terjumpa satu website yang jual kasut ni. Rekaan dari luar negara tau. Confirm kualiti dia sangat terbaik. Stilettos shoes. Penghantaran pun world wide. Memang korang boleh beli kasut ni dari website FSJ ni sebab dia menggunakan curier DHL. Confirm selamat.

Boleh juga cuci mata dekat sini stilettos heels. Tak salah pun kalau nak cuci mata. Mana tau tiba-tiba datang keberanian nak cuba stiletto ni. Terus mencanak-canak keyakinan diri korang.

Picture source: https://www.fsjshoes.com