Pertandingan Pakaian Beragam di Tadika l Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang lalu, Juju percaya ramai anak-anak kita yang masuk pertadingan pakaian beragam yang bertemakan bendera. Tadika Firash pun tak melepaskan peluangnya. Dan Juju pula dengan berbesar hatinya mendaftarkan nama si Firash untuk pertandingan pakaian beragam tu. Maklumlah, tahun depan nak bersekolah di tempat lain.
Hari yang pada awalnya dijadualkan akan berlangsung pada 30 Ogos, tapi entah kenapa tarikh tu ditunda ke 31 Ogos. Juju pun awal-awal dah pesan dekat Firash yang Juju tak dapat nak tengok Yash 30 haribulan tu. Ada bengkel di pejabat. Tapi bila cikgu tukar tarikh memang Juju tak lepaskan peluang untuk bersama-sama beri semangat dekat Firash nanti.
Upacara pagi tu dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Johor dan lagu Negaraku. Comel je tengok anak-anak yang masuk pertandingan ni dengan pakaian masing-masing. Dulu zaman Juju sekolah tadika memang takda pun pertandingan pakaian baju bendera ni. Yang ada cuma pertandingan pakaian beragam. Hehe.
Lepas menyanyi, kami menuju ke kelas tadika. Acara pertama pakaian beragam bendera. Firash antara peserta ke empat yang membuat peragaan baju. Boleh pulak dia pusing laju-laju masa cikgu suruh posing. Juju gelak sampai keluar air mata. Ada potensi jadi model rupanya anak aku ni. Memang tak tau malu.
Ha tengoklah gaya dia tu. Bukan main laju lagi dia berpusing.
Barisan peserta yang join. Kalau ikutkan masa awal-awal bagi nama dulu tak ramai pun yang join. Sekali tiba hari kejadian ramai pula yang join. Meriah betul.
Firash dapat nombor 6 kalau tak silap. Jadilahkan. Juju keluar modal sikit je beli bendera untuk tampal dekat songkok dia. Baju tu pinjam sepupu Juju punya. Kebetulan tahun ni tadika dia takda pertandingan pakaian beragam..Hehe, jimat sikit.
Saja Juju nak bagi dia simpan kenangan banyak sikit dekat tadika ni. Tapi nampak gayanya macam dah sayang sangat dekat tadika tu. Agak-agaknya tahun depan dia mengaruk tak dekat sekolah baru? Hmmm..