Hai semua, kalau korang nak tahu, cuti sekolah bulan 12 tahun lepas, Juju sekeluarga telah membuat keputusan untuk bercuti di Melaka. Memandangkan Juju dan Firash terlepas family trip ke Perak, jadi Juju plan nak bawa si Firash mandi kolam di Bayou Lagoon Resort, Melaka. Yes, ini kali kedua kami ke sini. Tapi apa yang Juju nak share dekat sini bukan pasal Bayou Lagoon. Tapi pasal restoran yang Juju dan keluarga singgah untuk makan malam.
Okeh, malam tu Juju terdengar abah call kawan dia bertanyakan mengenai tempat asam pedas yang diorang makan masa event motor diorang haritu. Lepas abah google tempatnya, tak jauh pun dari Bayou Lagoon. Tak sampai 1 kilometer pun. Huh, giler senang nak makan lagi kalau stay dekat Bayou Lagoon.
Berkat Salam, Melaka |
Penuh rakyat jelata :p |
Asam pedas telur ikan mayong |
Asam pedas ikan |
Asam pedas telur ikan mayong |
Korang tengok gambar telur ikan tu. Berebut-rebut kitorang nak habiskan dalam kuali masing-masing. Ini kali pertama Juju makan asam pedas telur ikan mayong ni. Sedap sangat-sangat. Macam terigau-igau dah dengan asam pedas telur ikan mayong ni. Aduh, mak jom pegi sini lagi jommmmm. Haha.
Aneka asam pedas |
Selain daripada asam pedas, ada juga menu lain untuk korang cuba. Antaranya masak lemak cili api, masakan bergoreng dan masakan thai juga ada disediakan disini. So kalau kata korang tak nak makan asam pedas, boleh juga cuba lauk-lauk yang lain.
Lempeng untuk minum petang
Okeh, ini untuk sampingan pula. Korang pernah makan tak lempeng gula melaka? Masa kecik-kecik dulu mak Juju selalu buatkan minum petang lempeng gula melaka. Setiap kali nampak mak buat lempeng gula melaka tu mesti kami adik beradik akan tunggu tepi kuali. Tak sempat letak dalam pinggan kami dah ngap dulu. Sampai kena marah sebab abah tak sempat nak makan. Huhu rindu betul dengan lempeng gula melaka.
Tak sangka pula bila dekat restoran Berkat Salam ni ada sediakan lempeng gula melaka. Aduh, terus terimbau kenangan lama.
Lempeng gula melaka |
Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/ |
Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/ |
Air bunga |
Laici kang |
Juju yang baru makan sekali dekat sini pun dah angau inikan pula kawan abah tu. Bezanya dia lalu situ tiap-tiap bulan. Juju pulak sebulan tak sekali ke Melaka tu. Tapi Juju ada makcik dekat sana. Hah! Boleh jadikan alasan ni. Muehehehehe.
So kalau korang nakkan maklumat lanjut atau nak contact owner kedai ni boleh ke:
Facebook rasmi: https://www.facebook.com/berkatsalam/
Insatgram rasmi: https://www.instagram.com/berkatsalamrestaurant/
Waktu operasi:
4.00 petang - 1.30 pagi
Sabtu, Ahad, Public Holiday dan Cuti Sekolah: 11.30 pagi - 1.30 pagi
Sabtu, Ahad, Public Holiday dan Cuti Sekolah: 11.30 pagi - 1.30 pagi
Alamat:
Jalan Tun Hamzah,
Bukit Katil, Melaka.
Messenger: m.me/berkatsalam
Waze / Google maps: Berkat Salam Restaurant