Latest

23 April 2019

Dapatkan TShirt dan Keperluan Mencetak Secara Online dengan MDTextile.com

Hai semua,

Harini Juju nak share dengan korang satu kedai di alam maya ni yang menjual dan membekal barang-barang keperluan di kedai percetakan baju. Sesuai juga untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia percetakan. 

Juju sendiri lepas berlegar-legar dekat kedai ni terasa macam 'Eh! Aku macam nak print sendiri atas tshirt aku ni lah!'. Hah kalau korang yang memang minat dalam bidang percetakan tu memang di sinilah tempatnya yang perlu korang tuju.

Website yang Juju maksudkan ialah MD Textile. Dekat sini memang ada segala jenis tshirt yang korang perlukan. Yup, segala jenis. Dari fit sampailah ke muslimah. Bukan tu saja, keperluan untuk mencetak pun ada dijual di sini jugak.



Untuk yang baru berjinak-jinak dalam dunia percetakan pun boleh juga dapatkan keperluan untuk mencetak di sini. Mana tau hobi kecil-kecil korang tu boleh jadi sumber pendapatan utama korang. Ha, Juju cuma bagi korang ruang dan peluang ni. Selebihnya korang kena usahalah sendiri ya.

Heat press supply


Screen print supply

Belum cerita lagi pasal tshirt dia pula. Cuba bagitau dekat Juju kedai mana yang ada simpan 20 warna baju dengan 7 saiz yang berbeza bukan sahaja untuk baju lengan pendek, malah lengan panjang, polo dan baby apparel kalau bukan MD Textile.

Pilihan baju pula boleh dikatakan semuanya ada. Namakan je korang nak kain jenama apa. Semuanya ada. Dan yang paling menarik sekali, korang boleh dapatkan baju ini dengan harga serendah RM6.20 sehelai. Tiada minimum order. Kalau korang nak beli sehelai pun masih boleh dapat harga RM6.20 tu. Fuh. Murah betul.






Kalau korang takde skill nak print atas baju pun tak pe. Boleh je beli dan hantar ke kedai printing.

Cara nak beli dekat website ni pun mudah je.

Review Juju
Juju sendiri dah cuba untuk membeli tshirt dekat website ni. Mudah je cara dia. Kalau korang kaki shopping online memang tak de masalah langsunglah. Pilih je baju mana yang korang berkenan dan bayar.

Macam Juju ni Juju pilih 3 jenis tshirt. Kolar bulat, lengan panjang dan tshirt berkolar. Juju pilih Vivid Supercool Polo, Vivid Supercool Long Sleeve dan Vivid Supercool Round Neck. Dan Juju suka sangat-sangat dengan material dia. 100% polyester. Dan seperti nama dia yang cool ni, baju ni memang tak panas.

Juju belikan sehelai untuk suami yang memang kerja bawah terik matahari, Alhamudillah, dia kata dia selesa sangat dengan baju ni. Dia suruh Juju belikan lagi untuk dia. Korang yang kerja bawah matahari pun boleh cuba guna material jenis macam ni jugak tau. Selesa sangat-sangat. Murah je. Tshirt berkolar tu RM13.90 je sehelai.

Jahitan yang kemas

Label baju

Label baju

Vivid Supercool

100% polyester
Warna purple tu Juju amik yang jenis lengan panjang. Senang nak bawa keluar rumah nanti. Kualiti kain pun sangat-sangat puas hati.

Jadi, kesimpulannya Juju memang suka dan sangat berpuas hati dengan servis dari MD Textile ni. Pengalaman nak pilih produk pun mudah. Dah dinyatakan siap-siap setiap saiz tu ada berapa helai yang tinggal. So takdelah pening nak cari baju yang sama warna lepas ni.


3 comments:

kisah si dairy said...

uih...murahnya...yg warna electric blue cantik sungguh kan

Sha Mohamed said...

Wah.. menarik.. Nak usha baju muslimah..

Cik Puan Ena said...

waahh murah ye dan kualiti material pon bagus