Perkahwinan Siti JamuMall dapat Tajaan Berjumlah RM 500 ribu

Kasih Juju
Perkahwinan Siti JamuMall dapat Tajaan Berjumlah RM 500 ribu


Korang mesti pernah tengok budak Siti ni buat live dekat Facebook JamuMall kan. Juju pun pernah juga tengok dia. Masa tu dia buat review pasal madu. Dia boleh solek muka dia macam kena sengat dengan lebah. Bengkak-bengkak muka dia. Tapi kreatif juga. Ramai pulak yang view masa tu.


Haha, korang berani buat live muka bengkak-bengkak macam ni? Ha masa ni dia tengah buat live pasal produk madu yang di harvest dekat Cameron Highland. Kalau korang nak tengok video dia bileh klik --> Siti JamuMall kena sengat lebah

Okeh, apa yang Juju nak ceritakan dekat sini, pasal si Siti ni dia punya perkahwinan dapat tajaan bernilai RM500 ribu wey. Dah macam artis dah Juju tengok. Itulah yang dikata 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'.


Pada mulanya beliau sangkakan ingin buat majlis biasa secara kecil-kecilan, tetapi siapa sangka setelah memuat naik satu status di fb beliau tentang majlis perkahwinan terus mendapat wassup dan call bertalu–talu dari founder produk, owner kedai dan bermacam lagi untuk sponser majlis beliau.



Hampir 100 company dari pelbagai produk berminat untuk sponser majlis kahwin Siti, paling menyentuh hati, yang baru berjinak dalam perniagaan juga berbesar hati untuk sponser majlis perkahwinan Siti.



Kata Siti, beliau sangat sebak. Tak sangka, majlis yang mulanya plan biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun membuahkan hasil. Beliau menjadi promoter atau host untuk jamumall.com dan menjual pelbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan.



Selama ni Siti promote produk orang dengan ikhlas, Siti bantu dari produk biasa-biasa tak dikenali, sampai dikenali dan viral. Sebab tu ramai hargai jasa Siti dan bila Siti kahwin mereka sanggup sponser macam-macam. Siti sangat-sangat bersyukur dapat sponser dari nikah, pre-wedding, majlis berinai, majlis persandingan sampailah ke pakej berbulan madu.



Antara sponsor untuk wedding Siti

Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma

Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection

Grand Cake dari Mad About Cake

Vip Menu dari Rumpun Selera

Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty

Jamu dari Seri Lady Empire Resources

Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal

Kain Pasang Diamond dari Irahsukri

Telekung dari Pretty Aini

Make Up Set dari Zacthira Navillionniza

Scarft dari Scarft By Mehrun

Printed Box dari Art Creation Printing

Perfume dari Luxe Essencia Resources

Honeymoon Pakej dari Arwana Resort

Tahniah Siti, hakak Juju doakan semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini akan kekal hingga selama-lamanya. Semoga kuat dan cekal dalam mengharungi dugaan berumahtangga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.