Assalamualaikum korang,

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan April dah. Tinggal lagi sebulan lebih sikit je nak masuk bulan Ramadhan. Korang dah ganti puasa ke belum tu? Kalau dah Alhamdulillah. Boleh fokus puasa sunat pulak. Mana yang belum tu bolehlah ganti sekarang. Jangan tunggu hujung-hujung. Takut tak sempat nanti.

Bulan April ni merupakan bulan yang sangat sibuk buat seketul Juju. Nak mintak korang doakan semoga urusan berpindah pejabat ni berjalan lancar ya. Janganlah drag masa sampai bulan puasa nanti. Tak larat nak melayan tekak yang dahaga nanti. Huhu

Bulan ni jugak banyak event jabatan. Huih. Kenapalah semua nak dikumpulkan dalam bulan April yang berbunga-bunga ni.. Why oh why. Kerja hakiki pun banyak tuntutannya dalam bulan ni. Huhuhuhu.. Semoga seketul Juju dikurniakan kesihatan dan kekuatan mental dan fizikal untuk mengharungi semuanya.

InsyaAllah aminn.