Kiddomo Discovery Johor Bahru Tempat Terbaik Untuk Rangsang Imaginasi Anak-anak

Kasih Juju
Hai korang,

Sebuah pusat imaginasi untuk kanak-kanak iaitu Kiddomo Discovery telah pun dibuka di R&F Mall, Johor Bahru pada 25 Mei yang lalu. Juju telah diberi peluang untuk meneroka dan merasai sendiri pengalaman menjelajah di seluruh kawasan playland ini. 

KIDDOMO Discovery
Kiddomo Entrance
Rasa ingin tahu berada di puncaknya semasa zaman kanak-kanak. Kiddomo Discovery adalah tempat kita menghidupkan kembali padang permainan menjadi dunia yang penuh dengan keajaiban dan penemuan yang tidak terhingga. Kami merancang persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak untuk meneroka dengan bebas dan menggalakkan pembangunan diri.
Kiddomo Ticket Counter
Lepas dah daftar masuk, korang akan diberikan smartband. Smartband kena sentiasa pakai sebab semua aktiviti dekat dalam ni kena scan dengan smartband ni. Lepas tu korang wajib pakai stokin tau. Kalau terlupa boleh beli juga dekat kaunter ni. Sepasang cuma RM5.00 jer. Anak-anak juga akan diambil suhu badan masing-masing.
Instruction how to use the locker

Locker
So, tempat pertama yang korang perlu buat bila sampai dekat sini adalah create ID dulu. Dekat mesin ni nanti korang kena ambil gambar dulu dan pilih gender. Lepas tu kena pilih avatar pulak. Ada katak, monyet dengan anjing kot lagi satu. Boleh pilih warna, aksesori kepala dan leher semua. Lepas tu barulah boleh teroka playland ni puas-puas.
Create ID
Create avatar
Anak-anak ni bila dia nampak je ball pool ni terus diorang terjah sini dulu. Tak toleh kiri kanan dah. Punyalah teruja bila nampak bola penuh satu kolam ni ha. Eh bukan anak-anak je yang teruja, mak dia pun teruja jugak. Maklumlah, masa kecik-kecik dulu tak pernah merasa pun.

Muka cuak tapi kene paksa senyum
Ada berapa budak dalam gambar ni?
Dekat pool ni dia ada juga net yang boleh anak-anak panjat dan pilih lubang yang mana satu nak keluar. Masa day Yash masuk dalam ni memang muka dia cuak habis sebab dia tak reti nak keluar ikut lubang yang mana. Sebabnya ada lubang yang tak boleh turun.
Net besar
Lepas main dekat pool ni kami ke Color Alive. Menariknya dekat sini ialah apa yang kita warnakan tu boleh muncul dekat skrin besar yang dia dah pancarkan dekat dinding. Bukan tu je, korang boleh print dan jadikan dia 3D. Fuh, mama dia pun jakun kejap. Hehe.
Kaler dulu
Lepas tu scan dan van ni dah muncul dalam skrin besar tu
Print dan gunting
Dah jadi roket dak Firash
Lepas tu kami bergerak ke stesyen yang lain pula. Ada banyak stesyen dekat sini. Kalau anak tak nak main semua pun tak pe. Bagi diorang masa untuk explore sendiri.
Pop the balloon
Main basikal pulak
Bilik karaoke pun ade jugak tau dekat sini. Juju pun ada juga menyelit menyanyi dengan anak-anak. Haha, lepas gian. Pilihan lagu pulak memang sesuai untuk anak-anak. Senang kata lagu yang boleh anak-anak nyanyi bersama-samalah.
Eh dia malu-malu pulak nak nyanyi

Happy birthday pun boleh lah

Gambar yang muncul dekat skrin

Selfie satu kali
Dekat sini ada juga bengkel yang boleh anak-anak sertai. Masa Juju datang sini diorang ada buat bengkel slime. Fuh, memang kesukaan anak-anaklah. Dia akan ajar dari awal macamana nak buat slime. Bahan-bahan semua diorang sediakan. Penyertaan dia percuma tau. Kalau dah masuk sini kena wajib join tau. Jom layan gambar si Firash buat slime.
Muka dah penat

Dapat kawan baru

Bahan-bahan untuk buat slime

Kacau-kacau-kacau

Jom tarik

Tarik lagi

Okeh da siap!
Untuk parents yang nak bersantai-santai sementara menunggu anak habis explore tempat ni bolehlah ke tempat yang disediakan ni. Memang cozy sangat tau.
Tempat rehat
Cozy dan cantik sangat
KIDDOMO DISCOVERY JOHOR BAHRU
Level 1,R&F Mall, Johor Bahru ( di atas Coffee Bean & Tea Leaf)
Dibuka dari 10 pagi sehingga 10 malam
Untuk pertanyaan lanjut korang boleh whatssap ke +6019-700 0957
Harga tiket