Selamat Tinggal Jun. Terima kasih atas kenangan.

Kasih Juju
Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, kita dah pun sampai ke hari terakhir di bulan Jun. Ada banyak cerita yang Juju nak kongsikan dan simpan untuk kenangan dalam blog kesayangan Juju ni. Tapi Juju belum sempat nak mengarang lagi. 

Antara yang Juju nak kongsikan ialah Juju dah dapat bertukar ke Kluang. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Memang dah lama aim Kluang tu. Tapi disebabkan belum ada kekosongan, jadi Juju bersabar dulu. Tak mahulah mendesak untuk terus bertukar ke sana. Sebab Juju pasti akan bertukar juga. Cuma masanya je belum tahu.

Dan moment yang paling menarik adalah Pengarah sain surat tukar tu depan mata Juju dan terus serahkan dekat Juju. Fuh, jarang-jarang sekali berlaku ni. Berkuat kuasa 1 Julai 2019. Memang berharap sangat dapat bertukar. Umpama pucuk dicita, ulam mendatang. Lulus pulak tuh. Alhamdulillah. Terus whatsapp encik suami.
Penyerahan surat pindah oleh Pengarah, Encik Mahmud Kadar
Bukan tak suka kerja di Kota Tinggi. Suka sangat-sangat. lagi pulak Juju dah rapat dengan suasana kerja dan persekitaran di sini. Cuma Juju penat berulang alik dari Kluang. Dapat jimat separuh duit minyak Juju ni.


Entah macam manalah nanti persekitaran kerja di Kluang. Harapnya yang indah-indah belaka. Walaubagaimana pun, 1 haribulan Julai ni memang Juju akan lapor diri dulu. Doakan yang baik-baik untuk Juju ya.