Malay Cultural Village, Johor

Kasih Juju
Hai semua,
Haritu Juju dan suami ikut rombongan sekolah Firash ke Zoo Johor dan Malay Cultural Village. Juju memang suka ikut rombongan budak-budak sekolah ni. Maklumlah, dulu masa kecik-kecik tak sempat nak merasa. 
Menunggu bas
Buat perangai eh yang tengah tu
Kalau ikutkan Zoo Johor tu kitorang memang dah pergi dah. Tapi disebabkan nak rasa sendiri pengalaman dekat Malay Cultural Village ni Juju pun follow ajelah. Juju dan suami follow bas dengan kereta. Firash dengan nenek dia je yang naik bas. Memandangkan seat bas sangatlah limited, maka kami pun buat keputusan untuk follow dengan kereta.
Bergambar dulu sebelum terjah haiwan
Ni tempat wajib ambil gambar kalau ke Zoo Johor


Malay Cultural Village, Johor.
Okeh, secara jujurnya memang Juju tak tau pun kewujudan tempat ni. Sebab tu Juju nak sangat follow rombongan sekolah dak Firash ni. Hehe. Teringin nak tau apa yang ada dalam tempat ni. So, jom kita tengok sama-sama yek.
Pintu masuk
Pada awalnya Juju dah survey dulu harga tiket di laman web rasmi tempat ni. Tapi malangnya Juju tak jumpa pun. Tak dapat nak share dengan korang harga dia. Tapi tak sampai RM50 pun seorang. Lepas tu dia ada pakej yang korang boleh pilih. Macam yang Juju join ni cikgu dah pilihkan pakej A iaitu, roti canai, teh tarik dan batik painting. Semua tu korang boleh buat sendiri tau. 
Wefie lagi
Antara pakej lain yang ada ialah;
Pakej B
Roti canai
Teh tarik
DIY soap

Pakej C
Roti canai
Teh tarik
DIY soap
Batik painting

Pakej D
Roti canai
Teh tarik
Small fan

Pakej E
Roti canai
Teh tarik
DIY soap
Small fan

Setiap pakej ni harga dia berbeza. Jadi terpulanglah dekat korang nak cuba pakej yang mana satu. Masa yang kitorang ambil untuk menghabiskan semua task ni pun agak lama jugalah. Okeh jom tengok peta kawasan tempat ni dulu.
Peta kawasan
Penerangan mengenai gong
Tapi kami tak ikut pun peta tu. Kami habiskan dulu ronda kawasan yang sebelah luar, lepas tu baru buat aktiviti dekat dalam. Pertama sekali anak-anak diajar mengenal gong. Siap dapat pukul gong tu lagi.

Penerangan mengenai pokok kelapa
Seterusnya anak-anak diberi penerangan mengenai pokok kelapa. Macam-macam produk yang boleh dihasilkan menggunakan pokok kelapa ni. Dari batang pokok sampailah ke daun dia. Semua boleh guna. Bak kata Tok Dalang dalam cerita Upin Ipin, pokok seribu guna.

Penerangan mengenai pokok kelapa sawit
Ha kalau nak bercerita pasal pokok kelapa sawit ni memang anak-anak ni kenallah. Maklumlah, semuanya cucu peneroka. Maunya tak kenal dengan pokok sawit ni. Dalam kawasan sekolah pun ada pokok ni tau. Hehehe.

Ada lagi beberapa pokok yang ditunjukkan pada anak-anak. Antaranya pokok koko, nenas, pisang, durian, mangga dan macam-macam lagilah. Yang pokok durian tu ade buah. Tapi buah tipu-tipu punya. Maklumlah, belum musim durian.

Baca sini: zoo negara

Lepas melawat segala jenis pokok dan tumbuhan kami masuk pula ke rumah tradisional melayu. Dalam rumah ni ada ditunjukkan peralatan yang orang dulu-dulu gunakan. Antaranya kelambu, lampu minyak tanah, buaian bayi dan mainan yang dimainkan  oleh orang dulu-dulu.
Mak kate tak baik duduk kat tangga. Sekarang ni tangga pun dah tak de

Lampu minyak tanah

Congkak dan batu seremban

Kelambu

Pakaian tradisional
Rumah tradisional melayu
Lepas melawat rumah tradisional, kami ke tempat mencanting batik. Fuh, Juju pun belum pernah lagi mencanting batik. Ni pengalaman pertama Juju nak warnakan batik Juju sendiri. Yang bestnya, setiap seorang akan diberikan lukisan yang belum diwarnakan. Lepas korang dah warnakan, korang boleh bawa balik. Ha tengoklah puas-puas batik yang korang dah warnakan tu.


Sesi penerangan sebelum mewarna batik
Lilin untuk melukis

Kain untuk mencantik batik

Okeh, memang tangan takde seni
Ni yash punya
Ayah Yash tunjuk skill
Lepas dah siap mewarna, kenalah keringkan dulu, jadi sebelum menunggu batik kami ni kering, kami buat aktiviti yang seterusnya iaitu menebar roti canai dan buat teh tarik. Untuk acara tebar roti canai ni, dia panggil mak-mak atau bapak-bapak jelah untuk cuba tebar roti. Ha nampak macam senang, tapi susah jugak ye rupanya.

Untuk teh tarik pula baru libatkan anak-anak. Tapi diorang tidaklah bagi air teh panas tu. Bagi air paip je. Kot salah tarik kang melecur badan budak tu siapa nak bertanggungjawab pulak.

Lepas tu kami dijamu dengan roti canai cicah kuah kari dan teh tarik. Semuanya segera punya tau. Haha. Bolehlah. Produk keluaran Malaysia jugakan.



Lepas makan-makan, kami bergerak ke pentas untuk menyaksikan persembahan kebudayaan pulak. Memang majmuk persembahan yang dipertontonkan. Ada tarian melayu, cina, india dan kadazan. Yang menari sambil lompat celah buluh pun ade tau.






Lepas persembahan kebudayaan tu, kami bergerak pula ke bahagian wayang kulit. Anak-anak berpeluang untuk mainkan sendiri boneka wayang kulit tu. Memang kaku jelahkan. Maklumlah, tak pernah tengok persembahan wayang kulit. Hehe.

Seterusnya kami tengok macammana bijih timah dilebur untuk dijadikan perkakas. Kawasan ni panas sangat. Sebab tu ada cermin pemisah dekat depan dia. Suhu yang diperlukan untuk lebur timah tu mesti tinggi. Kalau tak tinggi sampai besok pun dok keras kejung macam tu.

Dan akhir sekali kami dibawa masuk ke kedai yang menjual barangan cenderahati dan cenderamata. Juju beli jugalah satu set batik painting tu sebab nampak si Firash suka sangat mewarna.

Overall kira menarik jugalah kalau korang nak mempelajari adat-adat melayu dan nak merasai sendiri cemana orang dulu-dulu tidur dalam kelambu berlampukan lampu minyak tanah bolehlah datang ke sini.

Maklumat lanjut boleh ke:
Malay Cultural Village
Alamat: 33A, Jalan Petaling, Kawasan Perindustrian Larkin, 
80350 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi: 
Wednesday 9am–3pm
Thursday 9am–3pm
Friday 9am–3pm
Saturday 9am–3pm
Sunday 9am–3pm
Monday 9am–3pm
Tuesday 9am–3pm

Telefon: 07-238 7377