Latest

9 March 2020

Langkah Melindungi Diri daripada Virus Covid19


Klik gambar untuk lebih jelas
Langkah Melindungi Diri daripada Virus Covid19
- Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi - seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

- Semasa dalam tempoh lawatan ke tempat-tempat yang berlaku wabak ini (jika perjalanan tidak dapat dielakkan)

  • Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer)
  • Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala
  • Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan
  • Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak sempurna
- Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranyan jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.

4 comments:

  1. semoga kita semua dilindungi daripada jangkitan wabak penyakit ni. aamiin

    ReplyDelete
  2. Tq kak juju share. Kene amek peduli sungguh2 bab ni. Moga kita sama2 dilindungi Allah hendaknya

    ReplyDelete
  3. betul..sekarang ni kena sentiasa berwasapada sebab wabak ni kita tak nampak..jadi kenalah lebih berhati-hati

    ReplyDelete
  4. moga semakin baik kes covid kat malaysia ni...

    ReplyDelete

“More smiling, less worrying. More compassion, less judgment. More blessed, less stressed. More love, less hate.”
― Roy T. Bennett, The Light in the Heart