Asmak Grand Award 2020

Kasih Juju
Hai semua,

Pada 29 Februari 2020 yang lalu, Juju telah diberi peluang untuk merasai sendiri kemeriahan Asmak Grand Award 2020 yang telah berlangsung di Awana Genting Highland. Dapat jugalah Juju bawa sekali suami dan anak untuk teman Juju sepanjang event berlangsung.

Tahun ni merupakan tahun yang ketiga Asmak mengadakan acara ini khas untuk meraikan semua stokis dan ejen yang telah bekerja keras bagi mencapai target jualan masing-masing.


Misi syarikat ini adalah membantu masyarakat dan sejagat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dengan mengeluarkan produk yang berasaskan herba dan bahan semulajadi. Menjadi sumber membekalkan produk penjagaan bayi, kesihatan, pemakanan dan penjagaan diri yang selamat dan berkualiti kepada masyarakat. Mewujudkan komuniti yang lebih cerdas dan efisien serta memberi peluang serta memberi peluang kepada usahawan supaya bebas kewangan demi kesejahteraan hidup yang lebih bermakna.

Kalau korang nak tau, Juju pun pengguna setia Minyak Herba Asmak Mujarab ni tau. Memang bagu sangat untuk si Firash. Serasi pulak dia dengan minyak ni. Kalau korang pernah baca sebelum ni Juju ada cerita pasal dak Yash kena warded sebab asthma.

Alhamdulillah, sekarang ni dak Yash dah bebas daripada asthma. Petua dia kena rajin sapu minyak ni dekat dada, belakang badan dan tapak kaki. Sekarang ni pun kalau dak Yash selsema memang Juju sapukan minyak ni je. Lega terus selsema dia. Cuma ambil masa sikitlah.

(Klik gambar untuk lebih jelas)
Terdapat 10 kategori yang telah dipersembahkan antaranya Top Super Stokis, Top Stokis Premium, Top Stokis Daerah, Top Super Agen, Top Agen, Bintang Harapan Agen, Top Personal Salaes, Team Paling Sporting, Tokoh Inspirasi Asmak dan Blogger Terbaik Asmak.

Senarai penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Senarai penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Senarai penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Apa yang paling ditunggu-tunggu adalah anugerah Top 10 Asmak of he Year di mana tahun ini pihak Asmak dengan berbesar hatinya menghadiahkan percutian ke Bali. Fuh, bertuah sungguh mereka-mereka yang terpilih tu.

Top 10 Asmak of The Year (Klik gambar untuk lebih jelas)


Ha nampak tak wajah gembira dan teruja para pemenang percutian ke Bali. Hehe, siapa je yang tak teruja kan. Juju yang ambil gambar momen ni pun rasa teruja. Seronoknya dapat percutian yang ditaja. Ke luar negara pula tuh. 

Suasana di kaunter pendaftaran (Klik gambar untuk lebih jelas)
Antara yang menarik perhatian Juju semasa acara ini berlangsung adalah terdapat juga slot untuk anak-anak. Antaranya ialah pertandingan pakaian beragam, pertandingan mewarna dan juga tontonan filem yang sesuai untuk kanak-kanak.

Juju suka suasana macam ni sebabnya dia tidak hanya tertumpu pada penerima anugerah sahaja, malah seluruh ahli keluarga boleh turut serta. Maklumlah, kita yang mak-mak ni mana boleh tinggalkan anak-anak dekat rumah. Kemana-mana pun nak bawa juga mereka ni. Atas sebab itu, Asmak selitkan juga aktiviti untuk mereka.


Pertandingan pakaian beragam. (Klik gambar untuk lebih jelas)
Pertandingan mewarna. (Klik gambar untuk lebih jelas)
Pertandingan mewarna. (Klik gambar untuk lebih jelas)
Pertandingan mewarna. (Klik gambar untuk lebih jelas)
Firash pun sempat jugalah jumpa kawan baru masa dekat event ni. Seronok dia bermain. Masa ni lah nak suruh dia bersosial. Tak main handphone je. Hehe.

Jadi untuk kesemua Asmak Warrior Juju doakan semoga korang semua terus sukses dan lebih berjaya lagi di masa hadapan. Tahniah juga buat team Asmak yang telah berjaya menganjurkan program seumpama ini. Program penghargaan ini sebenarnya sangat-sangat bagus kerana di sinilah founder dan ejen dapat lebih mengenali antara satu sama lain.