Hai korang,
So harini Juju nak share dengan korang travel itinerary ke Sabah haritu. Saca ringkas je tau. Detail satu-satu tempat tu nanti Juju akan cerita dekat entri yang lain ya.
So harini Juju nak share dengan korang travel itinerary ke Sabah haritu. Saca ringkas je tau. Detail satu-satu tempat tu nanti Juju akan cerita dekat entri yang lain ya.
Sesampainya kami di lapangan terbang Kota Kinabalu terus Juju call syarikat kereta sewa untuk maklumkan yang Juju dah sampai. Tunggu dalam 10 minit jugalah. Dapat je kereta kami terus cari kedai runcit untuk cari makanan buat alas perut sementara dalam kereta nanti.
Perjalanan naik ni Juju yang memandu. Masa tu Juju ingat jalan dia macam dekat Cameron Highland tulah, ada tempat landai sebelum mendaki. Rupanya tak. Haha, takde tempat nak berhenti tukar pemandu. Jadi kami teruskan je perjalanan. Makcik Juju yang berdua dan adik Juju belum apa-apa dah berdengkur dekat belakang. Tinggal mak je yang teman Juju berbual.
Huhu, dah kenapa tidur pulak. Kata nak tengok tempat orang. Jadinya kami tak singgah pun di Rumah Terbalik dan tempat yang lukisan 3D tu. Baca review diorang kata tak singgah pun takpa. Lagipun di Semenanjung pun ada juga kan. Jadi kami terus shoot menuju ke pekan Kundasang.
Sepanjang perjalanan yang berbukit-bukau. Ada juga gerai yang jual daging salai. Tapi kitorang tak berhenti singgah pun sebab dia tulis 'Sinalau Bakas'. Mana yang celik tu dia akan google dulu apa maksud sinalau bakas ni. Maksud dia babi hutan salai. Hah, tak payah berhenti lah yek. Teruskan je perjalanan. Sikit lagi nak sampai dah tu.
Day 1
Air port - Kundasang
Pusing-pusing pekan Kundasang, makan tengahari, tapau chicken wings
Check in Kiram Village
Ronda-ronda sekitar Kiram Village
Rehat
Day 2
Sarapan di Kiram Village
Desa Dairy Farm
Fish Spa Bombon Kg Marakau
Pekan Kundasang - Beli sayur dan makanan sikit
Kaki Gunung Kinabalu
Jambatan Tamparuli
Check in Kota Kinabalu
Makan malam di Pasar Filipina
Foot massage
Rehat
Day 3
Sarapan
Island Hoping (Pulau Manukan dan Pulau Sapi)
Pasar ikan bilis (sebelah pasar kraftangan)
Makan malam di Todak Waterfront
Rehat
Day 4
Sarapan
Check out
Pasar kraftangan (Beli souvenir)
Signal Hill Observatory Tower
Pantai Tanjung Rhu
Airport
Ni antara aktiviti yang Juju buat. Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang kitorang tak terjah. Buat mana yang sempat je. Tak nak terkejar-kejar dan terikat sangat dengan jadual.
Okey sampai sini dulu, nanti Juju sambung detail apa yang Juju buat setiap hari tu ya.