Hai semua,

So haritu Juju dah kongsi dengan korang 10 tempat menarik di negeri Johor yang boleh korang terjah. Mana yang belum baca tu boleh KLIK SINI untuk melihat dan membaca pengalaman-pengalaman menarik Juju dan kawan-kawan di Johor ni. Dan kalini Juju nak kongsi pasal makanan pulak. 

CAUTIONS: Entri ini mengandungi gambar makanan yang menggiurkan!

10 Tempat Makan Sedap di Negeri Johor

1/ Restoran Ateh Corner, Taman Universiti, Skudai.

Berita baik bagi penduduk di sekitar Taman Universiti, Skudai. Korang dah cuba ke makan dekat Restoran Ateh Corner tu? Hah kalau belum korang wajib cuba mantou bun cicah ikan siakap masak stim nyonya style. Asyik makan dengan nasi je kan. Cubalah makan dengan roti pula. 


Kombinasi roti dengan kuah ikan yang masam-masam manis tu sedap tau. Memang korang wajib cuba menu ni. Paling menarik dekat sini ada juga menu makanan barat. 

Maklumat lanjut boleh baca dekat sini --> Tempat makan Best di Taman Universiti

2/ Lomaq Foodies, Taman Denai Nusantara, Gelang Patah.

Bagi penggemar makanan masak lemak cili api, restoran nilah yang patut korang terjah. Antara signature dish dekat sini dah tentulah itik salai masak lemak cili. Daging salai pun ada juga tau.

Kedai ni buka untuk sarapan dan makan tengahari. Ada juga hidangan asam pedas bagi korang yang sukakan asam pedas bolehlah cuba ke restoran ini.

Maklumat lanjut boleh baca dekat sini --> Masak Lemak Cili Api Sedap

3/ Seafood Seri Bahagia, Tanjung Langsat.


Kalau sebut pasal seafood mesti dalam kepala dah terbayang sotong goreng tepung, udang buttermilk, siakap stim lemon. Fuh, meleleh air liur. Hehe. Kalau korang ke restoran Seafood Seri Bahagia di Tanjung Langsat ni, korang boleh makan sambil menikmati pemandangan laut. Syoknya wey.


Tapi yang paling menarik perhatian Juju adalah ikan siakap goreng ni. Fuh, boleh rasa kerangupan dia lepas tu cicah pulak dengan cili kicap. Kecur liur wey.

Untuk maklumat lanjut sila baca dekat sini --> Seafood Seri Bahagia

4/ Wachaa Burger, Parit Kadir.


Kalau korang nak tau, Parit Kadir ni letaknya dekat daerah Batu Pahat, untuk lebih spesifik lagi dia terletak dalam kawasan Senggarang. Ha, susah sebenarnya nak dapatkan makanan barat di kawasan yang macam ni. Tapi siapa yang sangka kan?


Tahniah Juju ucapkan untuk pemilik Wachaa Burger. Nama je Wachaa Burger, tapi menu dia lebih ke arah western. Antaranya steak, lamb chop, chicken chop, fish n chips dan spagheti.

Kalau nak tengok menu penuh boleh klik --> Wachaa Burger, Parit Kadir

5/ Istanbul Turkish Cuisine, Horizon Hill


Bagi peminat makanan dari arab, korang bolehlah cuba ke restoran Istanbul Turkish Cuisine yang terletak di Horizon Hill. Selalunya kalau makanan arab ni Juju suka kebab. Tapi bila tengok gambar yang blogger Ajan ni kongsi terus Juju rasa nak cuba semua.


Sesekali tukar selera pun seronok jugakan. Tambah lagi kalau korang ke restoran ni, korang bolehlah rasa pengalaman macam ada dekat arab tau. Merasa jugalah suasana macam dekat luar negara. Hehe.

Maklumat lanjut boleh baca dekat sini --> Istanbul Turkish Cuisine

6/ Chaba Thai Food Johor Bahru


Okeh mana peminat masakan Thailand. Juju suka betul dengan makanan Thailand ni. Rasa masam pedas tomyam dia yang pekat tuh. Hadoi... Menjejes air liur. Belum makan lagi nih. Kalau dapat memang tak tengok kiri kanan dah. 


Untuk masakan Thailand ni, korang boleh cuba ke Chaba Thai Food yang terletak di Taman Impian Emas, Johor Bahru. Dimiliki oleh anak Melayu yang berasal dari Kelantan dan perniagaan restoren ini kian semakin maju dan telah ada pelanggan tetap.

Maklumat lanjut boleh baca dekat sini --> Masakan Ala Thai Sedap

7/ Kafe Kiri Kanan, Toppen Tebrau


Kalau korang ke Toppen Tebrau, Juju nak suggest korang makan di Kafe Kiri Kanan. Kafe ni ada tagline tau. Ha tagline dia 'MENYENTUH HATI ANDA'. Amboi, apa yang menyentuh hati sangat tu. Ha kalau nak tau, kafe ni menyediakan hidangan berkonsepkan Asian Fusion.


Antara menu yang boleh korang cuba adalah nasi chicken chop masak merah. Macam pelik pula bila chicken chop dimasak merah. Selalunya makan dengan sos blackpepper. Kena cuba nih.

Maklumat lanjut boleh baca dekat sini --> Makan Sedap

8/ Lok-lok


Lok - lok merupakan makanan ala steamboat yang digoreng dengan tepung, dan di hidangkan dengan pelbagai jenis sos. Sama je kalau korang makan steamboat dekat JB ni. Bezanya cuma bahan pencicah sahaja. Kalau stemboat yang biasa tu kita makan dengan sambal kacang. Ada juga orang makan steamboat dengan sup. Selera masing - masing. Begitu juga dengan 'steamboat ala goreng' ni yang dikenali dengan lok - lok. 

Jom tengok senarai 5 lokasi lok-lok halal di Johor dekat sini --> Lok-lok Johor Bahru

9/ Dim Sum dan Pau di Pasir Gudang.

Peminat dim sum dan pau apa kata korang cuba dim sum dan pau sedap yang terletak di Pasir Gudang ni. Ada pelbagai jenis variasi dim sum yang boleh korang pilih. 3 bekas RM10.00 je. Murah dah pada Juju yang memang hantu dim sum. Muehehehe

Maklumat lanjut pasal kedai dimsum ni boleh klik sini --> Selera Makan Dim Sum & Pau

10/ Restoran Senoko Seafood, Stulang Laut


Menu di sini seperti kebanyakan kedai tomyam lain la ya, tak ada kelainan pun. Tapi, masakannya memang luar biasa sedap. Terasa keikhlasan dalam setiap masakan tu. Ha nampak tak? Kemain memuji lagi blogger Seri ni. Tapi memang wajib cubalah. Kalau Kak Seri kata sedap tu maknanya memang sedaplah. Sebabnya Kak Seri dan family dia repeat makan lahi dekat kedai ni. 

Kalau nak tengok lagi gambar dan lokasi kedai boleh baca dekat sini --> Restoran Senoko Seafood, Stulang Laut