Hai semua,
So, pada 10 Oktober yang lepas, Juju dan beberapa orang lagi geng JDT Blogger telah memenuhi undangan Hotel Tour dan Product Review yang diadakan di Hotel Impiana, Senai. Antara JDT Blogger yang hadir pada hari itu adalah Kak Eda, Kak Mialiana, Sis Lin, Suzie, Nona dan Ajan.
Hotel Tour - Hotel Impiana, Senai, Johor.
Program hotel tour ni dimulakan dengan dewan-dewan yang ada di tingkat satu. Kalau korang nak tau, ada 3 dewan yang boleh korang sewa. Yang besar namanya Dewan Maharani. Yang sedang-sedang namanya Dewan Mersing dan Dewan Endau sesuai digunakan untuk majlis kecil-kecil macam party harijadi atau mesyuarat.
Dewan Maharani |
Dewan Endau |
Dewan Mersing |
Kebetulan masa hotel tour ni ada majlis perkahwinan yang akan berlangsung. Kebiasaannya dewan ini mampu memuatkan sehingga 500 orang tetamu dalam satu-satu masa. Tapi disebabkan PKP dan kena buat penjarakan fizikal, makanya dewan ini boleh memuatkan tetamu sehingga 250 orang. Selain itu, ada juga disediakan kemudahan tandas dan surau untuk kegunaan tetamu.
Lepas meninjau kawasan dewan, kami dibawa pula ke tingkat dua. Disini terletaknya kolam renang dan juga gimnasium. Ada juga disediakan pool bar dekat sini. Agak-agak lapar masa berendam boleh je terus order makanan. Hehe, ataupun kalau korang tak nak mandi tapi nak kene teman anak pun bolehlah makan-makan dulu dekat sini.
Gimnasium |
Swimming Pool |
The Pool Bar |
Okeh, jom kita bergerak ke bilik pula. Kami di bawa untuk meninjau 2 jenis bilik yang ada dekat hotel ni iaitu bilik deluxe dan bilik eksekutif. Kami tak dapat nak menjengah masuk ke bilik suite sebab tak available.
Bilik deluxe ni harga dia bermula dari RM160++. Boleh pilih nak katil double atau single. Lengkap dengan seterika, iron board, hair dryer, peti ais dan peti besi. Bilik ni agak luas untuk keluarga kecil macam Juju. Maklumlah, anak baru 1. Tqpi kalau anak 2 pun boleh muat juga.
Bilik Deluxe |
Seterusnya kami di bawa ke bilik eksekutif. Bilik ni sesuai untuk korang yang nak stay atas urusan kerja. Sebabnya bilik ni lengkap dengan meja khas untuk buat kerja. Dah nama pun bilik eksekutif kan. Jadi memang sesuai untuk buat kerja dekat sini. Yang menariknya bilik ini dipisahkan dengan sebuah dinding yang mana tv dia kita boleh pusing. Ha yang ni memang menarik. Kalau bawak dak Yash duduk sini memang keje dia pusing-pusingkan tv ni jelah kerjanya.
Bilik eksekutif |
Ruang kerja |
Maka berakhirlah hotel tour pada hari itu. Sebenarnya dekat sini ada juga bilik suite. Tapi ,asa kami datang tu bilik tu tak available. Jadi tak dapatlah Juju nak tunjuk dekat korang. Tapi korang boleh je pegi dekat website hotel ni untuk maklumat lanjut.
Hotel Impiana, Senai
Alamat: Jalan Impian Senai Utama 2,
Taman Impian Senai, 81400 Senai, Johor.
Telefon: 07-5958899
Email: info.ihs@impiana.com
Laman web: www.impiana.com
-------‐----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okeh, seterusnya kami dibawa untuk ke segmen review produk. Ada 3 produk yang diperkenalkan dekat kami pada hari itu. Yang pertama dari Dr's Secret, Inchaway dan VSCHOOL. Produk ape ke bendanya pulak ni kan. Jom Juju ceritakan satu per satu.
Dr's Secret
Kami diberi penerangan berkaitan produk-produk penjagaan muka yang dikeluarkan oleh Dr's Secret ni. Dalam penerangan dia, Juju tertarik dengan kain yang digunakan untuk lap atau urut dekat muka ni. Nampak macam kain biasa je kan. Tapi kalau korang gunakan secara berterusan dan dengan penggunaan yang betul, korang akan nampak perbezaan dia.
Rangkaian produk Drs Secret |
Untuk yang ada masalah kulit muka tak licin, atau dalam kata lainnya kulit muka macam permukaan bulan, korang boleh cuba dulu facial dia. InsyaAllah korang akan rasa sendiri perubahan pada kulit muka korang.
Serius baru pertama kali menggunakan produk ni, kulit rasa sangatlah lembut. Memang ketara perubahan kulit kita sebelum dan selepas menggunakannya.
Ini adalah testimoni dari blogger kisahsidairy.com sebab dia dah cuba buat express facial. Juju je tak buat sebab nak kejar masa. Taknak sampai rumah lambat. Risau balik sensorang.
Inchaway
Inchaway ni adalah produk untuk kesihatan dalaman. Sebenarnya dia bukan supplement. Dia lebih kepada super food. Produk ni dihasilkam daripada 2 biji kacang iaitu kacang sacha inchi dan jugak kacang macadamia. Kalau kacang macadamia tu kita dah biasa dengar dah. Tapi apa pulak kacang sacha inchi?
Sacha Inchi & Macadamia Oil |
Mix with coffee. Barulah sedap. |
Ujian ais dan minyak |
Memula Juju ingat produk ni untuk kuruskan badan ke? Rupanya bukan. Ada banyak sangat kebaikan yang boleh korang dapat dalam 1 sachet sacha inch oil ni tau. Sebenarnya Juju dah draf untuk produk ni. Tapi belum siap. Muehehehe. Nanti dah siap publish Juju upadate sini ya.
Vschool Trend
Okeh ini adalah produk terakhir. Vschool ni adalah pembelajaran secara atas talian. Kalau korang rasa susah sangat nak hantar anak pergi kelas tambahan, kos tuisyen terlalu tinggi dan tak da masa nak hantar anak ke kelas tambahan apa kata korang cuba VSchool ni.
Sesi penerangan |
Juju sendiri dah tengok silibus untuk dak Yash yang nak naik darjah 1 tahun depan. Dia ada gambar dan ilustrasi yang boleh menarik anak tu untuk belajar. Ditambah pula dengan pandemik covid 19 sekarang ni. Sekolah semua tutup. Tengok cikgu-cikgu pun stress dengan keadaan sekarang.
Yang mak-mak ni pun risau. Pelajaran anak-anak dah ketinggalan 1 tahun tau. Sepatutnya boleh masuk silibus lain. Tapi masih belajar benda yang sama. Jadi, kita kenalah cari alternatif lain untuk bantu anak kita dalam pelajaran.
Harga yang ditawarkan pula ikut umur. Macam Firash, Juju ambil silibus untuk darjah 1. Harga dalam RM388 untuk setahun. Hah cuba korang bahagi dengan 12. Sebulan cuma RM32 sahaja sebulan. Kalau hantar tuisyen sebulan je dah rm100++ kan. Yang ini rm388 untuk setahun. Ha berbaloi ke berbaloi?
Habis je produk review kami di bawa untuk makan tengahari. Acara yang terakhir pada hari itu. Actually dekat sini ada juga pakej untuk lunch. Murah jugak untuk rate hotel tau.
EAT ALL YOU CAN BUFFET IMPIANA HOTEL SENAI
Isnin – jumaat 12.00pm to 2.30pm
RM25 nett Dewasa | RM15nett kanak-kanak
Sabtu & Ahad termasuk Public Holiday 12.00pm to 4pm
RM30nett dewasa | RM15nett kanak-kanak
Korang booking dulu ye sebelum datang makan
Whattsap : Impiana Tiffin
Call : +60 16-713 4590
Seating area |