Best ke Kasut Sekolah Pallas?

Kasih Juju

Hai semua,

Bersempena dengan cuti sekolah akhir dan awal tahun ni, mesti korang dah stand by nak prepare kelengkapan untuk anak-anak kembali ke sekolah. Juju pun dah buat survey sana sini juga. Almaklumlah, dak Yash nak naik darjah 1 tahun 2021. Fuh, sekelip mata je dah nak naik darjah 1. Macam belum puas lagi hantar dia dekat pra sekolah.


Sebenarnya dak Yash pun belum puas lagi main dan berkawan dengan kawan-kawan di pra sekolah tu. Apa-apa pun kita kena akur dengan ketentuan dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh kerajaan kita yang sekarang ni ya.


Best ke kasut sekolah Pallas?
Suka eh kasut dah sampai

So harini Juju nak membebel sikit pasal pemilihan kasut sekolah. Juju memang mementingkan kualiti dan keselesaan kaki untuk si Firash. Maklumlah, anak yang sorang ni kurang gemar pakai kasut. Masa pra sekolah, nak masuk kelas tu kena buka kasut. Dah naik darjah 1 ni kenalah pakai kasut setiap masa. Jadi Juju kena cari kasut yang betul-betul selesa dengan dia.


Pallas 205-0164BK

Baru-baru ni Juju terberkenalan dengan kasut jenama Pallas. Sebenarnya masa Juju sekolah pun Juju ada juga beli kasut jenama Pallas ni. Tapi yang jenis bertali. Manalah sesuai dengan dak Yash. Karang ada dia ikat mati tali kasut dia tu. Jenuh pula mama dia nak buka balik.

Selesa


Rupa-rupanya kasut ni ada juga untuk pelajar sekolah rendah tau. Dia guna pelekat velcro. Hah! Memang Juju mark kasut ni awal-awal. Masa Juju buat survey tu, Juju cuma tengok gambar je. Tak dapatlah nak rasa kasut tu berat ke, ringan ke, selesa atau tidak. 

Pandangan sis


Pandangan sisi

Bila kasut tu dah sampai, Juju puas hati sangat-sangat tau. Korang nak tau ke sebab apa? Ha sebabnya kasut ni ringan. Juju memang nak cari kasut yang ringan dan selesa untuk si Firash. Sebab nak pakai lama, jadi kena pastikan kasut yang dia pakai tu ringan dan betul-betul selesa. Foam dalam kasut ni pun lembut tau. 

Foam yang selesa teruk


Dan untuk pengetahuan korang, kasut ni dah memang terbukti super lightweight tau. Lebih ringan berbanding kasut-kasut sekolah yang lain. Sebab tu dia ada perkataan X-Light dekat tapak kasut. Hah, memang Juju tak cari kasut lain dah. Pakailah kasut ni sampai habis sekolah ya.

Tapak X-Light


Korang kalau nak beli kasut ni boleh beli terus dekat website www.wow2wee.com tau. Kalau tak tau nak ukur saiz kaki anak tu boleh tengok guide yang ada dekat laman web tu. Juju pun pilih saiz ikut cara yang dia ajar tu. Musim-musim virus ni tak payahlah keluar ke mall ke. Beli je online. Kesihatan kena jaga. SOP kena patuh. Sama-sama kita jaga kita. Okeh.


Nah belanja model kasut Pallas

Okeh last.. Kikikikiki.