Fernleaf CalciYum, Snek Sihat untuk Anak Aktif dan Cergas

Kasih Juju
Hai semua,

Siapa dekat sini yang anak dia suka sangat minum susu kultur? Ha tipulah kalau adanyang tak suka. Kalau beli barang dapur tu mesti singgah dekat bahagian susu kultur ni.

Kalau dak Yash ni dia lebih tertarik dengan mainan yang ada dekat susu kultur tu. Tapi di pandangan mata Juju ni pulak, Juju nampak kebaikan yang ada dekat susu kultur ni. Jadi, dah alang-alang si anak minat nak beli sebab ada mainan, kita paksa dia minum sampai habis. Hehe.

Minuman susu kultur Fernleaf CalciYum
Antara jenama yang menjadi pilihan Juju adalah minuman susu kultur Fernleaf CalciYum. Sebab kenapa Juju pilih Fernleaf CalciYum adalah;
• Minuman susu kultur yang menyegarkan dan digemari oleh kanak-kanak. Sesuai sebagai sebahagian daripada sarapan pagi atau snek yang enak, dipenuhi dengan nutrien untuk menyokong kesihatan anak anda dari dalam dan luar.
• Manfaat nutrisi:
  • Probio DR20TM - Bahan probiotik yang dipatenkan oleh Fernleaf. Probiotik diketahui menyokong sistem pencernaan yang sihat, dan menyokong sistem imun anak-anak kita.
  • Kalsium & Vitamin D – Untuk tulang yang kuat
  • Bakteria Baik - Untuk fungsi usus

TEROKAI KEUNIKAN A-FORCE
Sama ada di sekolah atau ketika bermain, anak anda perlukan tubuh yang sihat di luar dan dalam. A-Force dengan Vitamin D dan DR20 probio dapat membantu anak anda menghadapi hari-hari yang mendatang.

TUBUH AKTIF
Fernleaf CalciYum minuman susu kultur mengandungi kalsium dan vitamin D yang tinggi untuk menyokong pertumbuhan tulang-tulang kuat. CalciYum juga mempunyai Probio DR20TM. Persekitaran usus yang baik penting untuk penyerapan nutrien.

MINDA AKTIF
Minuman susu kultur yang enak ini membekalkan nutrien-nutrien utama untuk menyokong keperluan harian anda.

Menjaga kesihatan bukan hanya bermaksud yang kita akan bersedia untuk melakukan yang terbaik tetapi kita juga akan rasa lebih hebat. Daripada kita bagi anak-anak kita makanan ringan yang tiada faedahnya, apa kata kita gantikan dengan yang lebih bagus dan berkhasiat.

Varian Minuman Susu Kultur Fernleaf CalciYum
  • Minuman Susu Kultur Epal - Hilangkan kehausan dengan kesegaran Epal!
  • Minuman Susu Kultur Oren - Manjakan lidah anda dengan rasa limau yang menarik dengan minuman susu kultur dalam perisa Oren Fernleaf CalciYum! 
  • Minuman Susu Kultur Anggur - Minuman susu kultur ini dipek di dalam perisa anggur manis dan halus yang kami gemari. 
Fernleaf CalciYum Yogurt


Selain daripada minuman susu kultur, ada juga yogurt keluaran Fernleaf CalciYum. Kalau dah air susu kultur dia sedap, yogurt dia apatah lagi. Sedap sangat ni. Sampai berebut Juju dan si Firash. Kalau korang nak tau, dalam setiap pek yogurt ni ada mengandungi 2x Kalsium untuk menyokong perkembangan tulang yang kuat dan sihat.

TEROKAI KEUNIKAN A-FORCE
Sama ada di sekolah atau sedang bermain, sokonglah minda dan tubuh aktif anak anda. Dengan A Force, bersedialah untuk melakukan yang terbaik dan berasa lebih hebat. Kini dengan PhocuslipidsTM, ramuan tenusu lipid Fernleaf yang unik, kuasa A- Force sudah bersedia untuk menyerlahkan potensi penuh anda.

TUBUH AKTIF
Yogurt Fernleaf CalciYum tinggi dengan kalsium dan Vitamin D serta ia mengandungi zink untuk menyokong pertumbuhan tulang-tulang kuat.

MINDA AKTIF
Bersama-sama zink, yogurt enak kami juga mempunyai PhoculipidsTM.


Varian Yogurt Fernleaf CalciYum
  • YOGURT CHOCOBERRY - Langkah ke dunia koko dengan yogurt berperisa Chocoberry Fernleaf CalciYum.
  • YOGURT STRAWBERRI ANGGUR - Wujudkah snek yang sempurna? Kami rasa kebaikan berkrim yogurt kami memang boleh dipertimbangkan. Anda dapat kedua-dua perisa Strawberi dan Anggur dalam satu pek, 
  • YOGURT VANILLA ANGGUR - Kaya dengan rasa krim dengan penangan perisa buah, itulah Yogurt
  • YOGURT STRAWBERRI MANGGA - Dapatkan rasa kemanisan musim panas dengan yogurt perisa Strawberi dan Mangga Fernleaf CalciYum.
Juju ada satu Fun Fact yang Jujunak kongsikan dengan korang, kalau korang perasan, kedua-dua minuman susu kultur dan yogurt CalciYum mempunyai logo ‘Healthier Choice’ dari Kementerian Kesihatan kerana kandungan gulanya yang rendah. Jadi, apa lagi alasan korang untuk tidak menjadikan susu kultur dan yogurt ni snek untuk anak-anak anda.


Boleh dapatkan rangkaian produk Fernleaf Calciyum di kedai-kedai runcit berhampiran anda. Okeh 👌