Hai semua,
Saja nak dengan korang semua yang Cosmoderm baru-baru ini telah melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit muka terbaru yang dikenali sebagai COSMODERM SKIN LAB PERFECT BALANCED.
Benda pertama yang menarik perhatian Juju adalah packaging dia yang berwarna merah jambu. Menawan sungguh dipandangan mata Juju ni ha. Hehe, siapa je yang tak suka dengan warna pink kan? Kan? Kan? Dah packaging cecantik ni meh sini Juju nak story sikit pasal produk baru keluaran Cosmoderm ni.
Mempromosikan #SKINDEPENDENCE yang membawa bermaksud "Bebas dari Kulit Tidak Sihat", Cosmoderm telah mengembangkan rangkaian perawatan kulit dengan Prebiotik yang terbukti bermanfaat untuk kulit.
Apa itu Prebiotik?
Apa yang Juju baca, Probiotik yang merupakan bakteria baik yang dapat dijumpai di dalam tubuh dan kulit manusia untuk memastikan bahawa tubuh dan kulit manusia kekal sihat. Seperti manusia, bakteria baik ini (Probiotik) memerlukan makanan untuk mendapatkan keseimbangan mikrob yang sihat. Makanan ini dipanggil Prebiotik yang boleh:
- Mengimbangkan mikrobioma kulit bagi mengelakkan kemerahan kulit,
- Meningkatkan perlindungan permukaan kulit,
- Memastikan penghalang kulit tetap utuh dan sihat.
- Prebiotik juga dapat meningkatkan seri wajah dan keselesaan kulit akibat penstrukturan, penyuburan dan kesan menenangkan.
Calamine
Bahan lain yang boleh didapati di Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced adalah Calamine. Calamine Lotion adalah astringen ringan dan antiseptik yang membantu untuk:
- melegakan gejala kemerahan kulit, sinaran matahari yang ringan, gatal-gatal kulit dan minor skin condition,
- tersenarai dalam World Health Organization’s (WHO) List of Essential Medicines kerana menjadi ubat yang berkesan dan selamat untuk digunakan.
- Formula Calamine yang digunakan di Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced adalah dalam kelas Calamine yang lebih tinggi yang digunakan dalam industri kosmetik. Tahap calamine yang lebih tinggi dapat membantu menjadikan kulit anda lembut, licin, dan lebih sihat.
Cara penggunaan produk Cosmoderm Perfect Balance
Langkah 1: Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser 100ml (RM29.90)
Pembersih yang sangat berbuih membantu membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan kulit. Ia juga membantu meningkatkan penyerapan kulit supaya dapat meyerap pneggunaan produk yang seterusnya.
Cara penggunaan: Picit sedikit pembersih ke tapak tangan. Basuh dan urut dengan lembut. Bilas dengan air bersih.
(P/S: Kalau korang perasan dekat cleanser ni ada tulis nombor 1 kan, ha tu maksudnya korang kena guna pencuci muka ni dulu. Okey jom tengok next step)
Langkah 2: Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion 120ml (RM45.90)
Diformulasikan dengan Prebiotik dan 20,000 ppm Calamine, toner ini membantu meredakan kemerahan dan meningkatkan keupayaan penyerapan kulit. Semakin tinggi Parts Per Million (ppm) dalam produk, semakin berkesan produk tersebut. Selain itu, losyen toner ini mampu untuk meningkatkan kelembapan kulit.
Cara penggunaan: Goncang sebelum digunakan sehingga calamine bercampur dengan baik dengan air toner. Tuangkan toning lotion ke telapak tangan dan tepuk lembut ke muka dan leher.
(P / S: Jangan gunakan cotton pad)
95% pengguna bersetuju bahawa Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion berkesan untuk mengurangkan kemerahan kulit selepas digunakan.
* Produk ini telah diuji oleh 300 ahli Home Tester Club*
Langkah 3: Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream 50ml (RM65.00)
Dengan Calamine dan 30,000 ppm Prebiotic, krim WOW ini membantu mengembalikan kelembapan kulit serta memudarkan cela pada kulit. Dengan Teknologi Water-In Oil-In Water (WOW), kelembapan diserap dan dikunci pada kulit bagi membantu kulit kekal terhidrat.
Cara penggunaan: Pam sejumlah Krim WOW ke telapak tangan dan urut perlahan ke muka dan leher.
Luangkan sedikit masa untuk memanjakan kulit dengan Krim WOW ini untuk memastikan ianya diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
Langkah 4: Cosmoderm Perfect Balanced SunMilk SPF25PA ++ 50ml (RM65.00)
Diformulasi dengan Prebiotik dan Calamine, pelindung matahari ini melindungi kulit daripada UVA dan UVB yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit. Selain itu, ia meningkatkan perlindungan permukaan kulit daripada tekanan persekitaran dan membantu menghilangkan kulit yang terbakar sinar matahari dan kulit kering.
Cara penggunaan: Pam sejumlah SunMilk SPF25PA ++ ke telapak tangan dan urut dengan lembut ke muka dan leher.
Pelindung matahari ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Tips pemakaian untuk rutin siang.
Langkah 1: Pembersih muka → Langkah 2: Toning lotion ➝ langkah 4: SunMilk
Tips pemakaian untuk rutin malam.
Langkah 1: Pembersih muka → Langkah 2: Toning lotion → Langkah 3: Soothing WOW Cream
Bagi mendapatkan kesan terbaik, gunakan semua rangkaian Perfect Balance bagi mendapatkan:
All four products from Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced are dermatologically tested, suitable for all skin type including sensitive skin and FREE from:
• Paraben
• Fragrance
• Artificial Colorant
Review Juju
Secara jujurnya memang Juju suka dengan rangkaian terbaru keluaran Cosmoderm ni. Sebabnya macam yang kita tau, calamine ni memang berkesan mengurangkan kesan-kesan kemerahan dekat muka. Ianya memang terbukti berkesan sebab dah banyak digunakan pada bayi dan kanak-kanak. Sebab tu Juju suka.
Tekstur pembersih muka yang banyak buih tu pun Juju suka. Picit sikit je dah keluar banyak buih dia. Boleh jimat disitu. Toner dia pun best. Tak melekit dan cepat je meresap. Tak payah guna cotton pad, dab dab je dekat muka. Halus je rasa kulit muka.
Dan part yang paling best adalah harganya yang mampu milik. Jadi bolehlah rakyat marhain macam Juju ni cuba produk keluaran Cosmoderm. InsyaAllah tidak memudaratkan.
Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced range is NOW available in pharmacies nationwide. For further information and latest promotions, please visit us at:
• Facebook: Cosmoderm
• Instagram: Cosmoderm
• Website: www.cosmoderm.com.my