Hai korang,

Jom support segmen giveaway rakan blogger kita ni. Untuk penyertaan boleh klik je dekat banner segmen tu ya. Hadiah dia comel wey. Air humidifier yang ada kepala bear dekat dalam dia. Comel teruk.

Dalam syarat segmen ni, shfyqhzahr ada bertanya mengenai impian raya tahun ini. Tak wajib pun nak jawab, tapi Juju nak jawab juga. Haha. Sebenarnya takda impian sangat pun. Sebabnya setiap tahun pun dapat beraya dengan dua-dua belah pihak. Samada belah suami atau belah Juju.

Sebabnya kampung kitorang dekat je. Dalam satu daerah. Tapi kami tetap buat giliran. Yelah, mana sama pengalaman solat raya dekat kampung masing-masingkan. Kalau turn suami, pagi tu kami akan baraan ke setiap rumah dan setelah selesai kami akan berdesup balik kampung Juju pulak. Tapi tahun ni pun rasanya takde baraan juga kot. Aduhai, rindunya nak baraan dari rumah ke rumah.

Eh, korang tau tak maksud baraan tu? Kalau dekat Johor ni baraan tu maksudnya ziarah raya rumah-rumah jiran sambil berzikir mendoakan kesejahteraan seisi rumah. Dekat tempat suami ni baraannya campur semua, maksudnya sekali jalan je. Ada tempat dia asingkan. Lelaki hari lain, perempuan hari lain. Terpulanglah pada penduduk sesuatu kawasan tu.

Apa pun, semoga kita dapat kembali beraya secara normal pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. InsyaAllah, aamin.