A Smile for Every Child

Mainan bernilai RM100,000 diberi kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menjalani onkologi menerusi kempen Happy Playcation Mattel

Dengan objektif untuk membawa senyuman kepada setiap 
kanak-kanak, syarikat pengeluar mainan Mattel yang terkenal dengan jenama popular seperti Hot Wheels, Uno dan Barbie akan bekerjasama dengan platform e-dagang Shopee bagi mengedarkan mainan bernilai hingga RM100,000. Usaha ini dilaksanakan dalam pada kedua-dua syarikat berusaha menaikkan semangat kanak-kanak yang kurang bernasib baik dalam tempoh yang penuh cabaran ini.

Menerusi pemberian satu mainan untuk setiap pesanan yang dibuat melalui kedai-kedai terpilih, Mattel dan Shopee, serta badan bukan kerajaan (NGO) Dignity for Children Foundation dan Childhood Cancer Caring Society of Kuala Lumpur (CARES), kini bekerjasama dalam sebuah kempen istimewa yang dinamakan Happy Playcation yang berlangsung dari 1 hingga 3 September 2021.

Kedai-kedai yang mengambil bahagian adalah kedai rasmi Mattel, Barbie, Hot Wheels dan Fisher-Price di Shopee. Untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyokong kempen tersebut, Mattel akan menawarkan potongan hingga 30% untuk mainan mereka sepanjang tempoh kempen.

Murat Ariksoy, Pengurus Besar Mattel Continental Asia berkata, “Kami menyedari kesan buruk pandemik global ini terhadap kanak-kanak dari segi pembelajaran dan juga zaman kanak-kanak mereka. Kami melancarkan kempen ini dengan tujuan bersama untuk meningkatkan semangat generasi akan datang. Kami berusaha untuk membolehkan semua penerima mainan ini untuk bergembira seperti seorang kanak-kanak semula, sambil membawa keriangan kepada komuniti dan membantu ibu bapa menerusi mainan pembelajaran kami.”

Kempen ini merupakan sebahagian daripada usaha di bawah inisiatif amal #ShopeeGivesBack, yang bertujuan memberi kesedaran dan menggalakkan sumbangan untuk pelbagai organisasi kebajikan bagi menyokong perjuangan mereka termasuk penjagaan kesihatan, komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik dan golongan yang terpinggir, termasuk haiwan.

Dimulakan pada tahun 1998, Dignity for Children Foundation menyediakan pendidikan dan penjagaan untuk kanak-kanak terpinggir dan miskin bandar di Kuala Lumpur. Yayasan tersebut kini mempunyai lebih daripada 1,700 orang kanak-kanak dan belia berusia 2-19 tahun di bawah jagaan mereka, dan secara utamanya mengendalikan program pendidikan di Sentul. Liew Tong Ngan, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Dignity berkata, “Kami sangat bersyukur menerima mainan menarik daripada Mattel ini untuk diedarkan kepada kanak-kanak dan belia kami. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Mattel dan Shopee kerana mengingati mereka yang kurang diberi perhatian dan membolehkan golongan muda dan tua mencapai potensi penuh mereka melalui permainan.”

Sementara itu, CARES ialah sebuah NGO bukan untung yang ditubuhkan oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap kanser, pekerja perubatan dan para sukarelawan yang prihatin. Misi CARES adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan kanak-kanak serta remaja yang menghidap kanser. Pada masa yang sama, mereka juga memberi sokongan sosial kepada keluarga dan pengasuh kepada kanak-kanak yang tidak sihat semasa mereka menjalani rawatan untuk penyakit mereka.

Margaret Low, Presiden CARES berkata, “Ia merupakan satu penghormatan buat kami untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini yang pasti akan meninggalkan kesan positif dalam kehidupan kanak-kanak yang menerima mainan tersebut. Semoga banyak lagi inisiatif yang bermakna seperti Happy Playcation akan dilaksanakan untuk terus memberi inspirasi kepada individu-individu istimewa dalam masyarakat kita ini.”

Pengurus Kanan (Pembangunan Perniagaan) Shopee Malaysia Zed Li berkata, “Ketika masyarakat mengharungi cabaran mereka sendiri demi menempuh tempoh yang sukar ini, ia menjadi lebih penting untuk kita memberi bantuan dengan sebaiknya. Kanak-kanak kurang bernasib baik adalah kumpulan yang keperluan mereka tidak patut diabaikan, terutama pada waktu ini, dan bantuan demi mengurangkan tekanan yang mungkin mereka hadapi adalah suatu keutamaan. Kempen Happy Playcation Mattel bertujuan menjayakan perkara-perkara ini.

Kami berharap inisiatif ini dapat membawa kesan positif kepada kehidupan mereka, malah lebih daripada keseronokan yang mereka rasai apabila bermain dengan mainan Mattel. Kami menyanjungi semua pihak yang terlibat atas usaha mereka dan berbesar hati memberi sokongan kami kepada Happy Playcation Mattel.”

Kempen ini dijalankan seiring dengan 9.9 Hari Pembelian Hebat Shopee yang membawakan pelbagai tawaran istimewa kepada semua penggunanya, dan ia sedang berlangsung hingga 9 September. Para pembeli boleh menikmati baucar Penghantaran Percuma dan baucar Pulangan Tunai Syling Shopee 99%, di mana kedua-duanya dapat dinikmati tanpa pembelanjaan minimum.

Di samping itu, kempen Happy Playcation akan menganjurkan sesi Shopee Live untuk memaparkan bagaimana rakyat Malaysia dapat membantu membawa senyuman kepada kanak-kanak yang memerlukan. Sesi jemputan Shopee Live yang pertama telah diadakan pada 27 Ogos pada jam 3 petang, yang menampilkan tetamu jemputan daripada Dignity for Children Foundation.

Sesi seterusnya akan diadakan pada 1 September jam 8.30 malam, di mana tetamu jemputan dari CARES akan lebih mengetengahkan bagaimana kempen ini akan membawa kegembiraan kepada kanak-kanak. Pemberian hadiah yang menarik dan sesi unboxing mainan Mattel juga akan berlangsung.

Kempen Happy Playcation turut dilancarkan dengan kerjasama Shopee Mum's Club, sebuah kedai sehenti bagi segala keperluan para ibu untuk anak mereka. Kelab ini mempunyai cita-cita yang sama untuk membawa kebahagiaan kepada kanak-kanak, dan bukan sahaja kepada anak seseorang ibu sendiri. Happy Playcation akan memberikan baucar eksklusif kepada ahli kelab demi menggalakkan penyertaan kempen ini di kalangan komuniti para ibu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Happy Playcation Mattel, layari

Catat Ulasan

1 Ulasan

“More smiling, less worrying. More compassion, less judgement. More blessed, less stressed. More love, less hate.”
― Roy T. Bennett, The Light in the Heart

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)