Haritu Juju berkesempatan bawa Firash dan paksu dia tidur hotel di Bandar Penawar. Si Firash tu selagi tak tunaikan janji nak tidur hotel memang setiap masalah dia meratib sebelah telinga Juju ni. Ha memang memerlukan kesabaran yang tinggi ya bila dah berjanji dengan Firash ni. Kalau korang nak tau Bandar Penawar dengan Desaru tu dekat je.
Sebenarnya Juju pun dah lama teringi nak tidur dekat Amansari Hotel Desaru ni. Ada banyak lagi cawangan Amansari di Johor ni. Ada Amansarì Seri Alam dan Amansari Nusajaya. Tapi harini kita fokis dekat Amansari Desaru ya.
Dulu masa kerja dekat Kota Tinggi memang rasa terpegun sangat bila tengok Amansari ni bangunan yang paling tinggi dekat Bandar Penawar ni. Sambil dalam hati pun berkata, bula agaknya aku dapat bercuti dekat sini ya? Hehe, akhirnya terlaksana jua.
Dekat bawah ni Juju senaraikan 5 sebab kenapa korang wajib menginap di Amansari Hotel Desaru kalau ke Bandar Penawar.1/ Bilik yang bersih dan luas
Masa pertama kali masuk bilik dekat sini, 1st impressions Juju adalah luasnya bilik ni. Ha, Juju ambil family suite. Jadi memang sangat luas untuk keluarga kecil Juju. Bilik family suite ni terbahagi kepada 2 bahagian. Satu hall dan satu lagi bedroom.
Jadi, kalau korang ramai, Juju suggest ambil je family suite ni. Dekat hall ada sofa bed. So korang bolehlah standby bantal dan stokin untuk baring dekat hall ni. Tapi kalau sejuk sangat korang off je aircond.
Nak bawa toto pun takde masalah dekat sini. Sebab memang luas tau. Boleh refer gambar dekat bawah ni ya.
2/ Bilik lengkap
Apa yang best dan menarik perhatian Juju adalah bilik ni sangat lengkap okeh. Biasanya kalau kita nak tidur hotel mesti kita akan tertanya-tanya, ada seterika tak? Ada sejadah tak? Ada cerek tak? Nampak macam remeh je tapi sebenarnya benda-benda ni penting tau.
Dekat hotel ni korang tak perlu risau semua tu sebab semuanya disediakan dalam bilik. Fuh, dah macam hotel 4 bintang hokey. Jarang jumpa hotel murah yang ada kemudahan ni semua tau.
Sejadah ✅
Seterika ✅
Cerek elektrik ✅
Pengering rambut ✅
Tuala ✅
Mini bar ✅Air minuman ✅
Peti keselamatan ✅
Peti ais ✅
Ha best ke best?
3/ Pelbagai pilihan sarapan pagi
Kalau korang ambil family suite, korang akan dapat sekali kupon sarapan untuk tiga orang. Kalau ada lebih dalam satu bilik kena tambah masa di kaunter masuk cafe ya.
Harga sarapan:
Dewasa RM30.00
Kanak-kanak RM20.00
Pada Juju harga ni sangat berpatutan sebab pilihan sarapan dekat sini sangat banyak ya. Ada nasi lemak, mi goreng, sosej, chicken ham, kacang panggang, kentang wedges, bubur nasi, omelet dan kuih-muih. Untuk air pula dekat sini ada mesin kopi tau. Kalau kate korang nak buat air teh, korang kena amik air panas dekat mesin kopi ni. Boleh feeling-feeling minum kopi mahal. Kikiki. Air jus dan air sejuk pun ada.
4/ Sistem keselamatan yang baik
Satu yang Juju suka pasal sistem keselamatan dekat sini adalah akses kad bilik tu korang kena guna dalam lif sekali. Maksudnya kalau korang tingkat 7, tak boleh suka-suka nak pergi ke tingkat orang lain ya. Maksudnya kalau korang dapat bilik dekat tingkat 7, korang cuma boleh akses ke tingkat 7 sahaja. Dilarang merayau ke tingkat lain ya.
5/ Walking distance
Ha apa yang walking distance tu? Okeh part yang ni pun Juju suka juga tau. Untuk pengetahuan korang, hotel ni sangat berdekatan dengan SKS Mall dan kedai-kedai makan. Kalau korang rasa nak beli barang ke nak makan ke tak payah sibuk-sibuk start enjin kereta. Jalan kaki je dah sampai dekat SKS Mall tu. Jalan kaki lebih kurang 5 minit je.
Adik Juju dia buat perangai malam-malam lapar nak cari burger katanya. Juju saja suruh dia jalan sendiri dekat area hotel tu. Dia kata banyak je kedai makan dan kedai burger yang buka. Juju tak dapat nak te,an dia masa tu sebab dak Yash dah tidur. Penat bergodak dekat Adventure Waterpark Desaru Coast.
Petang tu pun Juju dengan blogger Kisah Si Dairy dah menjelajah dulu dekat SKS Mall tu cari waterproof phone cover. Almaklumlah, kami tak sabar nak join aktiviti seterusnya lepas tu.
Dekat bawah Juju bagi info pasal bilik yang ada di Amansari Hotel Desaru:
Superior- Twin super single bed, harga bermula dari RM178.00*
Deluxe King - 1 katil bersaiz king, harga bermuka dari RM218.00*
Super Deluxe - 1 super single bed dan 1 queen bed, harga bermula dari RM238.00*
Family Suite - 1 queen bed dan 1 sofa bed, harga bermuka dari RM268.00*
(*Subject to availability)
Bersempena dengan kebenaran beroperasi sepenuhnya, pihak hotel telah bekerjasama dengan Adventure Waterpark Desaru Coast tau. Kalau korang ambil bilik Superior dengan harga RM230.00, korang akan dapat 2 tiket masuk ke Waterpark Desaru. Kalau korang nak tambah tiket, cuma bayar RM45.00 sahaja per pax. Hah berbaloi kan.
Memang berbaloilah sebab kalau korang beli sendiri dekat kaunter waterpark, korang kena bayar RM50.00, so korang beli je dekat hotel ok. Hanya sah bermula 5 November hingga 5 Disember sahaja ya.
Maklumat lanjut:
Laman web rasmi:
http://amansarihotels.com/ahd
Alamat:
No. 127, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor.
Nombor telefon:
+607-828 0200
Nombor Faks:
+607-828 0210
Email:
info.hd@amansarihotels.com