Kafe Markisa, Jasin, Melaka

Hai semua,

Kisahnya balik dari jalan-jalan haritu, Juju singgah di rumah makcik di Krubung, Melaka. Niatnya nak melawat sepupu yang baru lepas operate kaki, tiber sepupu tu ajak makan di Jasin. Kebetulan memang masing-masing tengah lapar, kami pun on jelah memandangkan Jasin tu memang dah dalam perjalanan balik ke Johor semula.

Kafe Markisa, Jasin, Melaka

Kafe ni terletak dekat dengan Tasik Biru, Jasin. Jalan nak masuk ke kafe ni pun kira off road. Jalan tanah merah dan berbatu. Still boleh masuk untuk kenderaan biasa. Korang cuma perlu ikut je google maps atau waze tu.

Kafe Markisa, Jasin, Melaka
Please mind my double chin okeh. Haha, dapat meja betul-betul tepi tasik. Yeayyy

Walaupun jalan masuk dia macam tu, tapi korang akan lupa sekejap pasal jalan sebab kawasan ni cantik sangat. Boleh makan betul-betul sebelah tasik. Memang cantik sangat pemandangan dekat sini. Eh, tak tau pulak dekat Jasin ade kafe best macam ni.

Kafe Markisa, Jasin, Melaka

Dah nama pun Kafe Markisa, dah tentulah ada pokok buah markisa. Bukan takat pokok, air buah markisa pun ada tau. Gelas besar dia bagi. Minum sampai Johor pun tak habis lagi air tu. Rasa dia fresh betul. Sambil kunyah-kunyah biji-biji hitam dia tu. Rangup sungguh.

Kafe Markisa, Jasin, Melaka

Ada banyak menu seafood dekat sini, baung, udang, sotong semua ada. Nak masak lemak ke, asam pedas ke semua ada. Tapi kitorang prefer menu western. Lepas tu dah tercakap dengan Yash dekat sini ada pizza. Memang dia tak nak makan nasi lah.

Kafe Markisa, Jasin, Melaka
Carbonara Spagethi with Chicken Chop
Kafe Markisa, Jasin, Melaka
Pizza kayu api. Yash bedal yang ni je

Kafe Markisa, Jasin, Melaka
Dapur Kayu Api
Kafe Markisa, Jasin, Melaka
Grill chicken chop

Kafe Markisa, Jasin, Melaka
Grill chicken chop with fried rice
Kafe Markisa, Jasin, Melaka
Buttermilk chicken. Recommended

Kafe Markisa, Jasin, Melaka Kafe Markisa, Jasin, Melaka

Korang yang suka kafe hunting tu bolehlah masukkan restoran ni dalam list korang. Memang berbaloi dan puas hati.

Maklumat lanjut:
Alamat: Kem Lambaian Danau 77000 Kampong Chin Chin, Malacca, Malaysia
Buka jam 11 pagi hingga jam 11 malam. (Tutup hari Isnin)
Facebook: https://www.facebook.com/Cafe-Markisa-251211045491038/

Kasih Juju

Lifestyle blogger who shares about food review, travel experience, Islamic content, lyrics and anything related to lifestyle.

5 Comments

“More smiling, less worrying. More compassion, less judgement. More blessed, less stressed. More love, less hate.”
― Roy T. Bennett, The Light in the Heart

  1. Uittt nak ke Cafe tu jalan atas titi kayu tu ke? Gulp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak lah...titi tu kalau nak ambil gambar boleh je. tapi sebab hujan, xde lah nak bergambo atas tu

      Delete
  2. Hari tu masa balik dr Melaka, nak singgah sini tapi fikir2 nak makan beriyani kat Muo, nanti kenyang sgt pulak. Sudahnya beriyani pun tak jumpa,adeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi...xpe xpe..nanti boleh singgah kat sini pulak kak seri

      Delete
  3. Woww, lain kali singgah sini la. Bila nam ke melaka lagi tak tau. ^…^

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Comments