Hai semua,
Kisahnya balik dari jalan-jalan haritu, Juju singgah di rumah makcik di Krubung, Melaka. Niatnya nak melawat sepupu yang baru lepas operate kaki, tiber sepupu tu ajak makan di Jasin. Kebetulan memang masing-masing tengah lapar, kami pun on jelah memandangkan Jasin tu memang dah dalam perjalanan balik ke Johor semula.
Kafe ni terletak dekat dengan Tasik Biru, Jasin. Jalan nak masuk ke kafe ni pun kira off road. Jalan tanah merah dan berbatu. Still boleh masuk untuk kenderaan biasa. Korang cuma perlu ikut je google maps atau waze tu.
| Please mind my double chin okeh. Haha, dapat meja betul-betul tepi tasik. Yeayyy |
Walaupun jalan masuk dia macam tu, tapi korang akan lupa sekejap pasal jalan sebab kawasan ni cantik sangat. Boleh makan betul-betul sebelah tasik. Memang cantik sangat pemandangan dekat sini. Eh, tak tau pulak dekat Jasin ade kafe best macam ni.
Dah nama pun Kafe Markisa, dah tentulah ada pokok buah markisa. Bukan takat pokok, air buah markisa pun ada tau. Gelas besar dia bagi. Minum sampai Johor pun tak habis lagi air tu. Rasa dia fresh betul. Sambil kunyah-kunyah biji-biji hitam dia tu. Rangup sungguh.
Ada banyak menu seafood dekat sini, baung, udang, sotong semua ada. Nak masak lemak ke, asam pedas ke semua ada. Tapi kitorang prefer menu western. Lepas tu dah tercakap dengan Yash dekat sini ada pizza. Memang dia tak nak makan nasi lah.
| Carbonara Spagethi with Chicken Chop |
| Pizza kayu api. Yash bedal yang ni je |
| Dapur Kayu Api |
| Grill chicken chop |
| Grill chicken chop with fried rice |
| Buttermilk chicken. Recommended |
Korang yang suka kafe hunting tu bolehlah masukkan restoran ni dalam list korang. Memang berbaloi dan puas hati.
Maklumat lanjut:
Alamat: Kem Lambaian Danau 77000 Kampong Chin Chin, Malacca, Malaysia
Buka jam 11 pagi hingga jam 11 malam. (Tutup hari Isnin)
Facebook: https://www.facebook.com/Cafe-Markisa-251211045491038/
Uittt nak ke Cafe tu jalan atas titi kayu tu ke? Gulp...
ReplyDeletehaha..tak lah...titi tu kalau nak ambil gambar boleh je. tapi sebab hujan, xde lah nak bergambo atas tu
DeleteHari tu masa balik dr Melaka, nak singgah sini tapi fikir2 nak makan beriyani kat Muo, nanti kenyang sgt pulak. Sudahnya beriyani pun tak jumpa,adeh.
ReplyDeleteadoi...xpe xpe..nanti boleh singgah kat sini pulak kak seri
DeleteWoww, lain kali singgah sini la. Bila nam ke melaka lagi tak tau. ^…^
ReplyDelete