Juju berkesempatan singgah di Kedai Emas Miragold yang terletak di Kota Masai, Pasir Gudang. Kawan-kawan asyik tayang emas baru je kan. Eh, Juju pun terpengaruh nak ada emas baru. Sambil dalam hati berbisik 'Eh! Aku ni mana ada budget nak beli emas baru. Alah, tengok-tengok jelah dulu. Mana tau ada yang mampu milik'. Ha begitulah suara hati Juju berkata-kata.

Gigihlah Juju drive dari Kluang ke Kota Masai, siap janji lagi dengan dak Yash kalau dia behave nanti mama belanja corndog Aqiliscous. Kebetulan kedai dia dekat je dengan Kedai Emas Miragold. Bolehlah reward dak Yash nanti.

Sampai je dekat depan Kedai Emas Miragold ni Juju dah terpesona dah dengan warna tiffany blue di bahagian luar kedai. Mudah sangat nak cam kedai ni. Melangkah masuk je dalam kedai ada staf yang sambut kita dengan senyum mesra. Terus tanya kita nak cari apa. Siap tekan kan nombor untuk kita.


Oh ya, kedai ni guna sistem nombor giliran macam dekat pejabat pos tu. Waktu menunggu pun tak lama sangat sebab staff dia ramai. Ruang menunggu pun sangat selesa tau. Dak yash siap boleh baring lagi dekat sofa tu. Mujur tak terlelap je menunggu mama dia yang lama sangat belek emas. Hehe, normallah kan. Mana ada orang tengok emas sekejap je.

  

Di aras bawah ni ada rantai, loket dan subang je. Kalau nak tengok cincin dan gelang tangan boleh naik ke ruang atas. Luas tau ruang dekat atas kedai ni. Siap ada tandas dan surau. Memang selesa sangatlah untuk kaum bapa menunggu mak-mak pilih emas. 🙈

  

Rekaan-rekaan emas dekat sini pun rekaan yang terkini dan viral tau. Macam contoh rekaan hardware dan boba ni. Yang hardware tu sekejap je sold out. Juju berkenan betul dengan cincin bentuk V. Staff situ cadangkan kalau nak beli cincin yang bentuk V tu gabungkan 3 bentuk cincin V, barulah next level. Hehe, pandai eh dia goyangkan iman kita. Tapi memang serius lawa bila dan gabungkan tiga-tiga.

Rekaan gelang emas
  

  

  

Jadi, celah mana yang Juju terpedayanya? Ha sebenarnya Juju ter'trade' in cincin lama Juju. Memang buat basahan je cincin tu. Tinggi juga harga trade in masa Juju datang tu. RM229 untuk 1gram. Dapat dalam RM400++. Lepas buat kira-kira Juju pun terambil cincin yang besar sikit. Topup lah sikit kan. Puas hati dapat reward diri sendiri.

Kalau ikut hati nak trade in gelang, mujur datang dengan encik suami. Kalau tak memang dah trade in dah gelang ni. Huhu. Rambang mata wey.

Rekaan cincin emas
  

  

Korang pun kalau dah jemu dengan cincin atau barang kemas yang korang pakai sekarang ni boleh cepat² serbu Miragold di Kota Masai tau. Juju yang dari Kluang ni pun sanggup datang jauh². Memang berbaloi.

  

Yang penting dekat sini menawarkan:
🌟 Harga trade in tertinggi
🌟 Design emas terkini
🌟 Sistem nombor giliran
🌟 Beli 10 gold bar, percuma 1 gold bar
🌟 Pekerja yang sangat mesra dan sangat membantu (sampai Juju tergoda grab satu 😁)
🌟 Harga istimewa untuk ahli
🌟 Servis ukir nama
🌟 Ruang menunggu yang selesa
🌟 Ruang solat juga disediakan

Bagi yang jauh, korang boleh join live session dorang di Instagram dan Tiktok. Search je emasmiragold, confirm jumpa. Diorang pun boleh pos kalau korang lock dalam live.

Ingat emas, ingat Miragold
Alamat: No 17A dan 17B, Jalan Ekoperniagaan 7, Kota Masai, Johor.