myBAS mudahkan pergerakan bangsa Johor

Kasih Juju
Bila kali terakhir korang naik bas tenteng? Bas tenteng tu bas yang berhenti-henti tu. Kalau orang dulu-dulu dia panggil bas tenteng atau bas lompat-lompat. Maklumlah, zaman dulu tak de bas ekspress. Jadi kenalah tukar-tukar bas sampai ke destinasi.

Stesyen bas JB Sentral


Secara jujurnya kali terakhir Juju naik bas tenteng tu masa zaman sekolah tahun 2003. Fuh, lama betul ye tak naik kenderaan awam. Kebetulan Juju dapat peluang untuk rasa sendiri pengalaman naik bas dekat bandar Johor, maka Juju pun mengheret sekali dak Yash untuk join Juju.

Kalau korang nak tahu, myBAS Johor Bahru terdapat 19 laluan yang dapat memberi perkhidmatan kepada kira-kira 6.4 juta penumpang setahun. Projek ini adalah hasil inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan kerjasama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).


  

myBAS Johor Bahru menyediakan perkhidmatan kepada 5 koridor di Johor termasuk Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah, dan Pontian. Sebanyak 128 bas akan digunakan untuk projek ini yang terdiri daripada kenderaan diesel dan elektrik.

Perkhidmatan bagi pelbagai laluan akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangka akan dilancarkan sepenuhnya pada tahun ini.


  

Projek ini mampu mewujudkan pengangkutan awam yang mampan dan perkhidmatan yang lebih dipercayai dengan jadual perjalanan bas yang baik, pembayaran tanpa tunai, penggunaan bas elektrik berteknologi hijau dengan pelbagai kemudahan serta dapat memberikan pengalaman baik kepada penumpang ketika menaiki pengangkutan awam.

myBAS Johor Bahru bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah bermula pada 31 Mac 2022. Dua lagi fasa akan dilancarkan sepenuhnya pada masa yang terdekat bagi memenuhi pemintaaan di kawasan lain sekitar Johor.

Seawal jam 2 petang kami 2 beranak dah terpacak dekat depan pintu KSL Mall. Ada budak tak sabar nak naik bas. Dia kata dia suka naik bas. Pertama sekali, untuk tau route dan bas mana yang patut kami naik, Juju dah install siap-siap aplikasi LUGO. Aplikasi ni boleh bantu kami trace bas seterusnya yang akan sampai atau yang sedang dalam perjalanan. 

Macam nilah interface apps LUGO. Klik je dekat 'Plan a trip' tu.
  
Macam ni Juju dah set nak ke Hentian Taman Setia Indah. Jadi dia dah bagi estimate time of arrival.
 
Korang boleh check juga berapa rate yang perlu korang bayar.
 
Lepas dah kenal pasti bas sampai pukul berapa, kami ke kaunter myBAS dan beli kad MANJALINK. Kad ni lebih kurang macam kad touch 'n' go fungsi dia. Kena tambah nilai dan sentuhkan di mesin dalam bas masa nak naik dan turun dari bas tu nanti. Kalau korang memang jenis hari-hari naik bas memang kad ni sangat praktikal ya. Tapi kalau nak guna cash pun boleh juga.

   

Untuk lokasi kaunter pembelian kad manjalink, korang boleh klik je link sebelah ni ya.  https://www.manjalink.com.my/customer-service-counter.php?counter=manjalink_service

Untuk maklumat lanjut:

Sampai terlentok member sebelah.. Punyalah sejuk dan selesa naik bas ya.