Aplikasi LUGO mudahkan pergerakan dengan myBAS

Kasih Juju
Hai hai hai semua,

So harini Juju nak share dengan korang satu aplikasi yang sangat berguna untuk korang yang menggunakan pengangkutan awam MyBas. Sebelum ni pun Juju pernah share pasal aplikasi ni. Cuma harini Juju nak share secara lebih detail.

Untuk pengetahuan korang, perkhidmatan myBas ni belum menyeluruh lagi untuk 1 Johor. Setakat harini cuma ada 5 laluan utama iaitu Pasir Gudang, Kulai, Kota Tinggi, Pontian dan Johor Bahru. myBas ni masuk ke Singapura juga tau. Untuk laluan ke Singapura tu nanti kalau ada rezeki Juju share di entri yang lain ya.


Pertamanya, kalau korang memang selalu naik myBas, Juju nak galakkan korang untuk beli kad ManjaLink. Kad ni berfungsi macam kad Touch n Go. Zaman cashless kan. Tak risau sangat nak bawa tunai banyak-banyak. Kad Manjalink ni boleh beli dekat CIQ, JB Sentral, Terminal Gelang Patah dan Caltex Taman Daya. 


Kalau nak beli secara atas talin pun boleh ke www.manjalink.com atau boleh beli di aplikasi LUGO ataupun Shopee dan Lazada Causeway Link. Antara sebab kenapa korang kena guna kad ManjaLink ni adalah korang boleh dapat cashback tau. Based on berapa kali jumlah transaksi kad yang korang dah guna.

Demi nak mengajar dekat korang macam mana nak gunakan aplikasi LUGO ni, maka Juju dengan senang hatinya nak bawak korang jalan-jalan dari Larkin Sentral ke Terminal Pengangkutan Awam Pontian. Kita cuba route yang keluar dari bandar Johor Bahru.

Ok jom buka apps LUGO.


Gambar pertama tu adalah interface dalaman lepas klik logo LUGO tu dan gambar keduatu dia akan automatik keluar macam gambar dekat tengah. So korang just klik je dekat 'Plan a trip' dan masukkan je lokasi korang nak kemana. Dan gambar terakhir tu dia ada detail tambang yang korang kena bayar dan pukul berapa korang akan sampai ke destinasi yang nak di tuju.

Mudah dan senang sangat kan. Semuanya di hujung jari je.

Dari Larkin Sentral ke Terminal Pengangkutan Awam Pontian
Okeh bila dah tau cemana cara nak guna apps ni barulah kita boleh plan atau rancang perjalanan kita. Bas juga dilengkapi dengan GPS. Jadi kita boleh trace bas yang kita tengah naik masa tu. Estimate time arrival pun dah publish sesiap. Jom naik bas.

Kalini, Juju dengan dak Yash nak naik bas jauh sikit. Naik dari Larkin Sentral ke Terminal Pengangkutan Awam Pontian. Untuk bas henti-henti, korang boleh terus ke platform A. Landmark dia korang kena cari kedai mamak. Kalau dah nampak kedai mamak tu jalan je straight dekat belah luar tu. Dari situ baru korang boleh nampak bas henti-henti.


Kalau korang tak tau nak ambil bas yang masa 1, boleh je tengok dekat tiang-tiang paltform. Ada dilekatkan jadual perjalanan dan kekerapan bas. Macam Juju yang nak ke Pontian ni, Juju terus ke platform A07 dan ambil myBas T50. Depan bas pun dah tulis dengan jelas Larkin - Pontian. Confirm tak salah naik bas lah.

Perjalanan dari Larkin ke Pontian mengambil masa dalam lebih kurang 1 jam 20 minit mengikut keadaan trafik. Kalau korang naik masa peak hour memang lambat sikitlah sampai. Tapi kalau hari cuti dan hari tak sibuk rasa macam sekejap je dah sampai. Sejam atas bas tu tak terasa pun masa berlalu.

 

Ha sebabnya Juju sendiri kagum dengan teknologi bas sekarang ni. Kalau bernasib baik, korang akan dapat bas baru. Tengoklah seat dia tu. Mesti buat seat ni zaman PKP. Kemain lagi penjarakkan dia. Tapi Juju suka. Nampak kemas dan bersih. Ha korang yang dapat bas baru tu jangan nak buang sampah merata-rata pula ye.


Masa di Pontian jam menunjukkan jam 10.20 pagi. Sempat jugalah Juju dan dak yash jalan-jalan ambil angin laut sekejap. Tu pun yakin nak berjalan sebab dah tengok jadual bas balik ke Larkin semula jam 11.00 pagi. Syok betul dengar bunyi ombak. Haha walaupun Pontian tu kampung sendiri, tetap tak sama ya feel dia. Tetap nak acah-acah healing tepi laut. Muehehehe...

Okeh kalau korang nak tau lagi, kekerapan bas dari Larkin ke Pontian lebih kurang dalam sejam sekali. Bas pula mula jalan jam 6 pagi dan bas terakhir adalah pada jam 10 malam.

Untuk lebih video dan gambar-gambar sepanjang Juju naik bas ni korang boleh je check out media sosial Juju di:
You Tube: https://www.youtube.com/watch?v=GPXYf4q3f9Y&t=25s
Tik Tok: https://www.tiktok.com/@kasihjuju/video/7156083290464619803
Instagram: https://www.instagram.com/p/CjuX-Rer-Ic/