Produk Penjagaan Gigi dan Mulut Mismis, Kesegaran Berpanjangan Dari Alam Semulajadi Buat Yang Tersayang

Kasih Juju
Hai korang,
Ingat tak sebelum ni Juju pernah review pasal ubat gigi dengan koko keluaran Mismis? Ha kalini Mismis keluarkan produk baru iaitu Mismis Mouthwash atau pun ubat kumur dengan Minty Leaf. Ubat kumur ini lebih menyegarkan, tidak rasa pedas, diperkaya dengan sumber alam semulajadi dan bahan aktif terpilih iaitu polifenol- tannin dari koko yang terbukti keberkesanannya membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptokokus Mutan dan S.Sanguis, penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi. Ia juga dapat melegakan masalah mulut kering, di mana apabila anda tidak mengeluarkan air liur yang mencukupi dan menjadi punca ketidakselesaan. Ianya tidak mengandungi alkohol, dan sesuai digunakan pelbagai peringkat usia. Harga pasaran bagi 250ml adalah RM12.90. 

Kalau dulu, ubat gigi untuk anak-anak dia keluarkan satu, satu. Sekarang ni korang boleh dapatkan dua-dua perisa sekali dalam 1 kotak. Siap dapat berus gigi sekali tau. Mudah nak stand by dekat rumah.
Ubat gigi Mismis ‘Combo 3 in1 Just For Kids’ ni mengandungi 2 perisa ubat gigi Just For Kids, iaitu  Chocolata, Bubble Gummy dan berus gigi kanak-kanak. Bagi ibubapa yang masih tercari-cari produk  ubat gigi yang sesuai untuk anak korang, inilah produk ubat gigi yang mengandungi bahan 99.9% semula jadi, tanpa paraben, tanpa flourida, SLS/SLES dan harga yang amat berpatutan iaitu RM18.90. Ia juga sesuai bagi kanak-kanak yang sudah ada 1 batang gigi.

NFA Technologies Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 2014  sebagai sebuah syarikat yang pertama yang mengeluar dan memasarkan produk penjagaan gigi berasaskan ekstrak polifenol koko bersama variasi bahan herba semulajadi seperti ekstrak cengkih, zaitun dan kelapa. Syarikat menyasarkan pasaran komersial di dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan produk penjagaan gigi halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga. 
Syarikat NFA Technologies Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan untuk menggunakan polifenol koko berkualiti tinggi sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan produk penjagaan gigi jenama MISMIS. NFA Technologies Sdn Bhd juga mendapat sokongan dari MTDC, KPDNHEP dan SME Corp. NFA Technologies Sdn Bhd juga giat berkolaborasi dengan NGO seperti MyCorps dalam usaha menyokong aktiviti Program Penjagaan Kebersihan Diri di Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Fiji dan banyak lagi.
Baca sini: Nama anak lelaki
Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS di pasaran, Mismis telah diedarkan di klinik pergigian, farmasi, pasar raya di seluruh negara. Produk Mismis juga telah berada di pasaran Brunei. Usaha mempromosi dan mewujudkan kesedaran tentang penggunaan bahan semulajadi seperti polifenol koko giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS.
Jenama MISMIS memiliki sijil Halal dan Good Manufacturing Practice – GMP (Amalan Pengilangan Baik). Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, justeru setanding dengan produk antarabangsa sebagai syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.

Produk penjagaan gigi MISMIS boleh di dapati di AEON, Lotus, Maslee, farmasi yang terpilih dan halal mart. Mismis boleh juga didapati secara dalam talian melalui Shopee, Big2 Bazaar, Watson, Ourshop, Lazada, Eromman dan di semua online e-commerce.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang https://www.mismis.com.my/ atau hubungi +60192415004.