Lengkapkan Penjagaan Wajah Dengan SYAHIRAH Korean Secrets White Glow

Kasih Juju
Hai semua,

Harini Juju nak kongsikan dengan korang, rutin penjagaan muka yang Juju amalkan. Penjagaan kulit muka ni sangat-sangat penting ya. Sebab kita sebagai wanita amat menitik beratkan penjagaan kulit muka supaya muka kita ni sentiasa nampak muda dan cerah berseri-seri.


Langkah pertama adalah pencuci muka. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka korang. Mana yang berjerawat cari pencuci muka untuk jerawat, kalau tak da masalah boleh guna je pencuci muka yang gentle. 

Langkah kedua, wajib guna toner. Toner pun kena cari yang sesuai dengan kulit muka. Macam kulit muka Juju tengah rancak naik jerawat ya sekarang ni. Jadi Juju akan cari toner yang paling sesuai untuk melegakan jerawat.


Untuk serum pula Juju guna SYAHIRAH Korean Secrets White Glow. Serum pun penting ya dalam rutin penjagaan kulit muka. Antara sebab kenapa Juju pilih SYAHIRAH Korean Secrets White Glow adalah kerana ianya mengandungi bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi yang dibawakan khas dari Pulau Jeju, Korea,

Bahan-bahan yang terdapat dalam SYAHIRAH Korean Secrets White Glow adalah:
  • Cherry Blossom - membantu mencerah dan sekatakan tona kulit yang tidak sekata, meningkatkan keserian kulit untuk kulit yang lebih halus dan cerah.
  • Vitamin B3 - membantu mencerahkan bintik hitam, mengurangkan kulit kusam dan mengimbangi semula tona kulit yang tidak sekata untuk kulit yang berseri dan cantik.
  • Jeju Lotus Flower - tinggi antioksidan bagi membantu melindungi kulit sambil memberikan kesan pencerahan untuk mengurangkan pigmentasi supaya kulit muka lebih  berseri dan muda.

Juju suka sangat dengan serum SYAHIRAH Korean Secrets White Glow kerana tekstur dia yang sangat ringan dan sangat cepat meresap. Tak rasa melekit langsung. Bau dia pun lembut je.

Cara penggunaan: Gunakan dua atau tiga titik  SYAHIRAH Korean Secrets White Glow dan ratakan keseluruh wajah dan leher. Urut lembut-lembut je dan tampar-tampar manja sikit bagi dia meresap dengan sempurna.


Dan langkah terakhir adalah pelembab. Pelembap ni pun wajib ya. Nak lagi bagus guna je rangkaian  SYAHIRAH Korean Secrets White Glow. 

Boleh dapatkan di mana-mana farmasi atau kedai runcit berhampiran korang.