Haritu, lepas habis je staycation dekat Pengerang, Juju dan rakan-rakan JDT Blogger berdesup ke Hotel GBW pula untuk join lunch di sana. Sekarang ni tengah ada promosi tau. Untuk makan tengahari dengan harga yang sangat berpatutan.
Ini adalah kali kedua Juju join makan-makan di Hotel GBW. Kali pertama masa event JDT Blogger. Masa tu kami tempah untuk hi-tea je. Tapi makanan untuk hi-tea pun sangat marvellous apatah lagi untuk makan tengahari kan.
Ok jom tengok menu-menu yang ada untuk lunch buffet di Hotel GBW ni.
Kita ni kan orang melayu kan, jadi tak sah kalau dalam makanan kita takde ulam-ulaman dan sambal-sambal ni kan. Ha, ada juga pelbagai jenis ulam-ulaman dan sambal disediakan di sini.
Kalau dah makan dekat hotel ni, selalunya Juju akan sebu dekat bahagian dessert dulu. Juju kan manis, jadi bila nampak makanan uang manis-manis tu dia macam magnet. Mudah tertarik. Muehehehehe. Lagi pulak ada kek dengan dekorasi krismas ni kan. Makin dtarik-tariklah Juju ke section ni. Hehehehe. Okeh jom tengok dessert yang warna-warni dekat bawah ni.
Si Firash tu 3 kali kot mengulang ambil kambing masak hitam tu. Sedap betul. Dia boleh makan macam tu je. Dia ingat kambing bakar agaknya makan dengan sos blackpepper. Memang sedaplah semua lauk-lauk dia.
Dekat sini kalau korang nak buat small celebration untuk birthday, korang boleh gunakan stage yang disediakan ni tau. Percuma je. Dengan syarat korang kena buat tempahan untuk 15 orang dewasa. Bukan saja dapat free stage, dapat juga kek 1/2 kilogram.
𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐁𝐀𝐑𝐔!!!!! 𝐖𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐑𝐔!!!!
Promosi buffet lunch : 𝟏 𝐃𝐞𝐜𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟐 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟑𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟑
Harga : 𝐑𝐌𝟑𝟖.𝟎𝟎 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐬𝐚
𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤 (𝟔-𝟏𝟐 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧) / 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 (𝟔𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐭𝐚𝐬) 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐑𝐌𝟐𝟕.𝟎𝟎 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡.
Tempahan sebanyak 𝟏𝟓𝐩𝐚𝐱 (𝐃𝐞𝐰𝐚𝐬𝐚) dan ke atas akan menerima :-
❤1 x kek 1/2KG.
❤ Pentas percuma
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi kami :
📞 𝗵𝘁𝘁𝗽𝘀://𝗹𝗶𝗻𝗸𝘁𝗿.𝗲𝗲/𝗴𝗯𝘄𝗵𝗼𝘁𝗲𝗹
📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048
📞 Ms. Aiza : +6016 723 3558
📞 Ms. Urfa : +6016 710 0073