Hai semua,
Harini Juju nak share dengan korang pengalaman Juju menginap di Hotel Singgah Pengerang, Johor. Kalau korang nak tau, hotel ni diselenggara sepenuhnya oleh Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO). Konsep yang dibawakan oleh hotel ni adalah butik hotel.
Hotel Singgah Pengerang, Johor. |
Hotel ni sangat sesuai untuk korang yang ke Pengerang atas urusan perniagaan. Bagi Juju hotel ni agak kurang sesuai untuk keluarga yang mempunyai bilangan yang ramai sebab tiada bilik untuk keluarga. Tapi korang boleh je request nak bilik bersambung atau connecting room.
Welcome drink. |
Kemudahan tempat letak kenderaan dekat kawasan hotel ni ada banyak. Mungkin kerana kawasan ini belum membangun. Jadi korang boleh je park kereta dekat mana-mana petak parking. Ada juga security guard yang menjaga kereta dan keselamatan korang dekat luar ni.
Proses untuk chek-in pun smooth je. Kalau dah book awal, korang just bagi je nombor booking dan kad pengenalan. Dah clear semua boleh terus ke bilik. Ada kemudahan lift ya dekat sini. Tak risau kalau bawak beg berat dan barang yang banyak.
Juju dapat bilik di tingkat 1. Okeh jom kita layan view dalam bilik Juju ni. Bilik yang Juju dapat ni adalah bilik Superior Room.
Mini bar |
Lengkap dengan sejadah, plastik dobi dan toiletteries |
Lawakan lukisan dekat dinding tu |
Bathroom |
Untuk sarapan pula, tak pilihan dekat sini. Kalau korang masih lagi lapar lepas sarapan dekat hotel, boleh je ke pekan Pengerang. Pekan ni popular dengan lobster segar tau. Juju dah 2x makan dekat pekan tu. Tapi ada orang belanjalah. Jangan tanya harga pulak. Heheheheh.
Untuk maklumat lanjut, boleh klik:
Website: https://singgah.com.my/
Alamat: Singgah Pengerang, No. 21-25, Jalan Kelicap 3, Bukit Pelali, 81600 Mukim Pengerang Johor.
No. Telefon: +607-824 6011
Email: singgahpengerang@kopetro.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/singgahhotel/
Instagram: https://www.instagram.com/singgahpengerang/