Sedapnya Sup Gearbox Buffet Ramadhan Amansari Residence Resort Johor Bahru

Kasih Juju
Sedapnya Sup Gearbox Buffet Ramadhan Amansari Residence Resort Johor Bahru

Haritu Juju dan Dak Yash berpeluang untuk mencuba sendiri keenakan menu buffet Ramadhan di Amansari Residence Resort yang terletak di Bandar Seri Alam. Memang menggamit kenangan sungguh perjalanan Juju ke sini memandangkan dulu Juju pernah menginap di Bandar Seri Alam. Tapi tu cerita tahun 2006. Dah 17 tahun berlalu. Jalan pun dah makin banyak bersimpang-siur.


Okeh berbalik pada menu-menu untuk buffet Ramadhan, tahun ini Amansari membawakan tema "Cita Rasa Ramadhan" dengan penampilan istimewa kambing bakar yang penuh rempah dan juicy. Sup gearbox pun antara menu istimewa yang ditampilkan kali ini. Selain itu, ada juga pelbagai menu kawah seperti gulai daging tetel, gulai ikan, gulai ayam, gulai kambing dan gulai paru. Juju pun pertama kali jumpa paru masak gulai ni. Dia macam masak lemak cili api rasa dia. Sedap. Lembut je paru tu. Ada juga menu nasi ayam.

Sedapnya Sup Gearbox Buffet Ramadhan Amansari Residence Resort Johor Bahru Sedapnya Sup Gearbox Buffet Ramadhan Amansari Residence Resort Johor Bahru

Ada juga pelbagai jenis ikan bakar yang datang dengan sambal istimewa. Untuk lauk-lauk yang lain pula ada juga pajeri nenas, stir fried squid dry chilli, telur mask sambal, gulai lemak pucuk ubi ikan masin, lala masak lemak cili api, udang gorang butter, seabass kam heong style, ayam goreng berempah yang boleh di makan dengan nasi minyak.

Di bahagian live stall pula, ada gerai hidangan hari raya seperti lemang dan ketupat, ada juga stall goreng-goreng dimana korang kena cuba durian goreng dekat sini, ada juga keledek dan keropok lekor. Ada juga pelbagai jenis spageti untuk korang cuba. Cakap je nak spageti apa, nanti ada chef yang tolong korang masakkan. Dak yash memang order carbonara dia je lah. Ada juga menu char kueteow panas-panas untuk korang. Laksa penang pun ada.

Sedapnya Sup Gearbox Buffet Ramadhan Amansari Residence Resort Johor Bahru

Di bahagian pencuci mulut pula, penuh dengan deretan kuih dan kek yang sangat menggoda ya. Yang paling Juju suka dengan puding caremel dia. Nampak macam manis, tapi tak manis sangat pun. Sesedap rasa je manis dia. Untuk budak-budak pula Juju yakin dorang akan melekat dekat chocolate fountain sebab marshmallow tu diorang boleh celup sendiri.  Lollipop pun ada tau. memang diorang akan ke sini jelah nanti.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan 👇👇👇

🌟CITA RASA RAMADHAN 🌟
🏡@Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam, Johor Bahru.

📆27 Mac 2023 - 20 April 2023
⏰6.30 petang - 10.30 malam

RM88 - Dewasa
RM48 - Kanak-kanak (6-11 tahun)

🕌Surau disediakan

🌎https://www.amansarihotels.com/arr/ 
📲+607 - 381 7070  
📲+6012 - 764 7488

Sedapnya Sup Gearbox Buffet Ramadhan Amansari Residence Resort Johor Bahru