Haritu Juju sekerluarga berpeluang untuk berbuka puasa di GBW Hotel, Johor Bahru. Kemain lagi ya. Baru puasa kedua dah berbuka di luar. Memandangkan Johor cuti 4 hari, jadi Juju pun ambil kesempatan ni untuk bawa keluarga kecil Juju makan di luar. Rasanya belum ada masak-masak lagi dekat rumah. Muehehehe.
Tahun ini, GBW Hotel membawakan tema 'Selera Warisan Meldrum" dengan menampilkan sajian istimewa seperti nasi lemak kukus ayam berempah, siput sedut masak lemak cili api, nasi ayam meldrum dan nasi baryani dengan pelbagai pilihan lauk. Ada ayam masak merah, dalca dan daging panggang.
Dapat dekat dak Yash, dia ambil nasi baryani lepas tu di amasuk dalam cari kambing masak hitam dia tu. Suka betul dia dengan kambing masak hitam dekat sini. Masa review buffet lunch haritu, dia boleh repeat 3 kali ambil kambing masak hitam ni. Dia ratah macam tu. Memang meat monster eh Yash.
Di bahagian lauk-pauk utama pula ada ayam panggang percik, ikan asam pedas, udang goreng masam manis, sotong paprik, daging gulai kawah, kambing masak hitam berkentang, puyuh goreng berlado, sayur lemak pucuk ubi dan keledek dan juga nasi putih.
Ada pelbagai jenis kerabu juga dekat sini, kerabu kacang botol, kerabu mangga, kerabu sotong dan kerabu taugeh. ada juga ulam-ulaman yang datang dengan pelbagai jenis sambal pencicah seperti sambal belacan, sambal tempoyak, sambal cencalok, sambal kicap dan banyak lagi.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut:
"𝐑𝐞𝐬𝐞𝐩𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐝𝐫𝐮𝐦"GBW Hotel, Johor Bahru𝟐𝟒 𝐌𝐚𝐫𝐜𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟑 - 𝟐𝟎 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟑𝘕𝘰𝘳𝘮𝘢𝘭 𝘗𝘳𝘪𝘤𝘦:𝗔𝗱𝘂𝗹𝘁 - 𝘙𝘔98.00𝘯𝘦𝘵𝘵𝗦𝗲𝗻𝗶𝗼𝗿 𝗖𝗶𝘁𝗶𝘇𝗲𝗻 / 𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗿𝗲𝗻 - 𝘙𝘔48.00𝘯𝘦𝘵𝘵Surau di tingkat 7* 𝘛𝘦𝘳𝘮𝘴 & 𝘊𝘰𝘯𝘥𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 𝘢𝘱𝘱𝘭𝘺.Get In Touch with Us:𝗵𝘁𝘁𝗽𝘀://𝗹𝗶𝗻𝗸𝘁𝗿.𝗲𝗲/𝗴𝗯𝘄𝗵𝗼𝘁𝗲𝗹Mr. Syahmi : +6016 710 0048Ms. Aiza : +6016 723 3558Ms. Urfa : +6016 710 0073