Pertama Kali Menginap di GEO Resort & Hotel Genting Highland

Kasih Juju
Pertama Kali Menginap di GEO Resort & Hotel Genting Highland

Korang nak tau tak, rasanya ini kali pertama Juju plan cuti-cuti Malaysia dalam bulan puasa. Huh! Agak mencabar juga ya travel dalam bulan puasa ni. Tapi dah nama pun kali pertamakan, jadi belum cuba belum tau. Ha mehla baca pengalaman kali pertama menginap di GEO Resort & Hotel, Genting Highland.

Perjalanan dari Kluang ke Genting Highland hanya mengambil masa lebih kurang 4 jam. Juju gerak dalam pukul 10.30 pagi macam tu. Berhenti di R&R untuk meluruskan pinggang sekejap dan bagi dak Yash makan. Hah! Sebenarnya Yash tak puasa sebab dia tak sihat. Tapi sebab dah booking maka Juju gagahkan bawa dia sekali. Stand by ubat sesiap. Biar dia rasa selesa.

Pertama Kali Menginap di GEO Resort & Hotel Genting Highland

Lebih kurang dalam jam 2.30 petang maka sampailah kami ke GEO Resort Hotel, kalau sebelum ni kami menginap di residence. Kali ni kami nak cuba hotellah pula. Sesekali kenalah bertukar angin. Lagipun kalini kami menginap 2 malam. Aktiviti yang kami buat pun tak berat sangat. Boleh tengok itinerari Juju dekat bawah ni.

31/3/2023
3.00 petang: Check in dan rehat
6.00 petang: Turun awal ke Cabana Restaurant, tengok-tengok lauk untuk buka, layan live band
9.00 malam: Naik ke bilik dan rehat

1/4/2023
4.30 pagi: Sahur di Cabana Restaurant
6.00 pagi: Naik bilik, solat, aktiviti bebas
12.00 tengahari: Gerak ke Genting Premium Outlet. Enjoy shopping atau boleh naik cable car untuk ke puncak.
4.00 petang: Balik ke hotel, mandi swimming pool dan siap-siap untuk berbuka
6.30 petang: Berbuka di Cabana Restaurant
10.00 malam: Sambung lepak di Starbucks
12.00 pagi: Rehat di bilik

2/4/2023
4.30 pagi: Sahur di Cabana Restaurant
9.00 pagi: Sambung mandi swimming pool
11.00 pagi: check out

Mesti korang tertanya-tanya kenapa gigih sangat Juju nak staycation masa bulan puasa ni kan? Ha, korang tau tak perasaan bila kita drive jauh-jauh lepas tu dah sampai ke destinasi kita dihidangkan dengan pemandangan yang cantik, bilik hotel yang luas dan bersih dan layanan staf di kaunter check in yang ramah. Fuh, damai jiwa beb. Okeh jom kita tengok gambar dalam bilik pula.

Pertama Kali Menginap di GEO Resort & Hotel Genting Highland Pertama Kali Menginap di GEO Resort & Hotel Genting Highland

Ini gambar katil di Family Room. Dak Yash awal-awal dah cop tempat tidur dia. Mama sajalah cakap nak tidur atas, Yash tiur bawah dengan Poksu dia. Eh laju dia panjat tangga tu tak bagi mama naik. Katil atas tu saiz queen ya. Muat untuk 2 orang. 


Katil yang bawah tu pula saiz king ya. Muat sangat kalau nak tidur 3 orang. Jadi kalau korang datang dengan keluarga yang ramai pun tak da masalah. Takat anak 4 orang pun masih selesa lagi. 

Pertama Kali Menginap di GEO Resort & Hotel Genting Highland

Mini bar tu lengkap ya dengan cerek elektrik, ceffee maker, teh dan drinking water. Coffee machine tu ada 4 coffee bullet. Sedap juga kopi dari mesin ni. 

Pertama Kali Menginap di GEO Resort & Hotel Genting Highland Pertama Kali Menginap di GEO Resort & Hotel Genting Highland

Wardrobe pun lengkap dengan bathrobe, seterika dan peti keselamatan. Peti ais pun disediakan. Air dalam tu memang untuk diminum ya. Tapi kalau tak cukup korang boleh je ke 7 Eleven yang terletak betul-betul depan hotel. Dak Yash dengan Poksu dia asik ke 7E je kerjanya lepas berbuka.

Pertama Kali Menginap di GEO Resort & Hotel Genting Highland Pertama Kali Menginap di GEO Resort & Hotel Genting Highland

Ruangan bilik air pun luas dan bersih. Yang penting selesa. Masa mula-mula nak tempah tu Juju macam keliru juga nak ambil bilik biasa atau bilik keluarga. Dan setelah mengambil kira faktor jauh dan perjalanan yang memakan masa 4 jam, jadi Juju decide nak ambil family room. Biar semua orang selesa. 

Dan kami memang selesa teruk ya. Semua dapat bantal lebih. Yang penting semua orang happy dan seronok dengan percutian kali ini.

Pertama Kali Menginap di GEO Resort & Hotel Genting Highland

Dan tempat yang paling seronok untuk anak-anak dah tentulah swimming pool. Swimming pool ni walaupun kita duduk dekat kawasan yang sejuk, tapi air kolam ni suam-suam ya sebab dia adalah heated outdoor adult infinity pool and children pool. Memang kalau dah berendam tu jangan sesekali korang naik. Memang membekulah jawabnya.

Selain dari bilik family suite ni, ada juga premiere suite, superior king suite dan superior twin room. Semua bilik ada balkoni. Dan rezeki Juju ya dapat bilik yang menghadap ke puncak Genting Highland. Dak Yash dok tanya-tanya "kita pergi tak dekat atas tu nanti?". Ha kalau nak tau kami naik atau tidak ke puncak Genting tu kena tunggu entri yang seterusnya ya.

Untuk maklumat lanjut 👇

GEO RESORT & HOTEL
🚩Jalan Permai 2,
Genting Permai Avenue,
69000 Genting Highlands,
Pahang, Malaysia

📞+603-9213 0838
📠+603-9213 0828
📨inquiry@georesort.my